AdSense

Tuesday, October 13, 2015

TERUJA! Wajah baharu Perintis PLKN Sabtu ini


Selepas mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Transformasi PLKN, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu bahawa Projek Perintis Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bakal berwajah baharu pada Sabtu ini, 17 Oktober 2015.


Katanya, seramai 410 orang pelatih telah memberi respon untuk menyertai program yang akan berjalan selama dua bulan di Kem Princess Haliza, Sepang.


Sementara 101 orang daripadanya bersetuju untuk menyertai projek berkenaan selepas menerima surat tawaran Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) manakala 309 yang lain menawarkan diri secara sukarela.

Seramai 31 orang jurulatih turut terlibat di dalam projek ini.

Projek Perintis ini diberikan kepada calon-calon yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran berdasarkan semakan data dari Kementerian Pendidikan.

Berdasarkan semakan data yang dibuat, mereka yang tidak mempunyai tawaran mana-mana institusi pengajian akan dipilih untuk menerima tawaran secara rawak di seluruh Malaysia mengikut nisbah kelahiran di setiap negeri.


Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid berkata, lapan modul baharu akan diperkenalkan dalam pelaksanaan PLKN 2.0 selepas kajian terperinci dan tahap keberkesanan diuji dalam projek perintis tersebut.

Modul yang akan diterapkan kepada lebih 100,000 pelatih dalam PLKN 2.0 bagi tempoh lima siri sepanjang 2016 itu ialah Fit4Life, Tech & Talk, I-Upgrade, MalaysiaKu, Be Safe Be Alert, Spirituality, MyFuture dan Service Learning.

No comments:

Post a Comment