AdSense

Thursday, October 15, 2015

Penduduk Kampung Baru Cina dan Peniaga Kecil terus dibela MCA


Sekalipun pilihanraya lambat lagi, tetapi sukalah penulis untuk mengingatkan lagi kepada pengundi-pengundi Cina bahawa hanya parti MCA daripada komponen Barisan Nasional (BN) sahaja yang mampu membela nasib mereka.

Masyarakat Cina seharusnya tidak lagi boleh mempercayai agenda dan janji yang dihidangkan oleh DAP. Sejak pilihanraya umum ke 12, masyarakat Cina seharusnya sedar bahawa perjuangan DAP hanyalah berpaksikan kepada satu-satu dinasti sahaja. Tambahan pula, adalah payah untuk parti berasaskan satu-satu kaum untuk memerintah negara ini. Ia fakta yang tidak boleh diubah.


Berbeza dengan MCA yang mengikat persahabatan dan silaturrahim bersama parti komponen lain termasuklah UMNO dan MIC sejak dari nama Perikatan kepada BN. Keutuhan parti mewakili tiga kaum terbesar ini menjadikan pentadbiran negara lebih mantap berbanding Pakatan Rakyat (sudah tukar kepada Pakatan Harapan) - gabungan pakatan pembangkang yang caca marba.

DAP kelihatan teruja untuk mendekati masyarakat bandar dan golongan muda profesional sahaja sehingga terlupa kepada masyarakat dalam kategori lain.

Sebab itu sedari awal penulis mengatakan bahawa untuk orang Cina, parti MCA adalah pilihan yang paling tepat. MCA berdamping dengan pelbagai latarbelakang masyarakat tanpa memilih bulu. Baik golongan muda, profesional, masyarakat bandar mahupun orang-orang kampung.

Lihat sahaja, baru-baru ini kerajaan telah meluluskan peruntukkan berjumlah RM32 juta bagi pembangunan infrastruktur di kampung baru Cina di seluruh negara.

Siapa lagi pejuang masyarakat Cina ini kalau bukan pemimpin-pemimpin dikalangan parti MCA.


Ketika mengumumkan peruntukkan itu pada awal Oktober lalu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, pembangunan infrastruktur fizikal itu melibatkan sebanyak 607 kampung.

Apa yang lebih menggembirakan, sebanyak 264 projek (53 peratus) daripadanya sudah siap dengan kos berjumlah RM18.4 juta.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan menerusi MCA turut memperjuangkan peniaga-peniaga kecil di kampung baru Cina apabila sejumlah RM16.951 juta diperuntukkan bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perniagaan.

Ka Siong yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu, peruntukkan itu terkandung di dalam Skim Pimjaman Khas Penduduk Kampung Baru atau singkatannya, PKBC.

Untuk makluman pembaca, skim PKBC ini merupakan satu bentuk pusingan sebanyak RM100 juta. Ia dilaksanakan menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) khusus buat mereka yang memerlukan bantuan kewangan dalam perniagaan kecil.

Justeru itu, apakah kita masih lagi mahu menafikan pembelaan ini? Melupakan terus angka-angka peruntukkan sepertimana yang disebut di atas? Kenapa perlu menagih janji DAP yang penuh sandiwara sedangkan MCA sejak dahulu lagi kekal komited membela nasib rakyat khususnya masyarakat Cina.

No comments:

Post a Comment