AdSense

Sunday, October 25, 2015

SPAD : #Bajet2016 bukti kerajaan bersungguh-sungguh mentransformasikan sistem pengangkutan awam darat.


Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kerajaan Malaysia masih mengekalkan agenda pembangunan negara terutama sekali apabila menyentuh soal pengangkutan awam.

Lihat sahaja isi kandungan Bajet2016 sebagaimana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas apabila menyaksikan peruntukkan relevan diberi kepada pengangkutan awam negara.

Ia kemudiannya disambut baik oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) apabila menyifatkan ia sebagai bukti keazaman kerajaan secara menyeluruh bagi memacu pertumbuhan negara maju menuju Wawasan 2020.


"SPAD amat berbesar hati dengan komitmen berterusan kerajaan bagi mentransformasikan sistem pengangkutan awam darat di Greater Kuala Lumpur / Lembah Klang dan seluruh negara."

Demikian kenyataan SPAD ketika mengulas mengenai Bajet 2016.

Sungguh, kerajaan betul-betul berhasrat membangunkan sistem pengangkutan awam negara. Cukup selari dengan slogan yang sering dilaungkan pemimpin kerajaan sebelum ini iaitu 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Slogan yang bukan sahaja slogan semata-mata tetapi ia sedang dan telah dilaksanakan.

SPAD dengan itu menzahirkan rasa teruja dan puas hati terhadap Bajet 2016 yang sememangnya berhasrat merealisasikan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Ini dapat dilihat dengan peruntukkan sebanyak RM67 juta bagi operasi bas di kawasan luar bandar dan RM1bilion untuk Bas Rapid Transit (BRT) di Kota Kinabalu.

Bukan sahaja Bajet untuk sesetengah masyarakat bahkan juga mencakupi pelbagai kategori rakyat samada di bandar mahupun luar bandar.

Sebab itu sejumlah RM1.5bilion turut diperuntukkan untuk BRT laluan KL - Klang. Manakala MRT 1 dan 2, LRT3 dan Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur - Singapura pula bakal meningkatkan salinghubungan jaringan rel Malaysia.

Tanpa dapat disangkal lagi, dengan Bajet 2016 ini, ia sekaligus merungkai produktiviti sosio ekonomi masyarakat dalam negara.

No comments:

Post a Comment