AdSense

Saturday, October 31, 2015

Nafas segar industri perkapalan, maritim menerusi strategi holistik - Liow Tiong Lai


Sedang Malaysia berdepan dengan kesukaran ekonomi global dan penyusutan nilai matawang, satu inisiatif diambil oleh Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama Jabatan Laut dan Institut Maritim Malaysia (MIMA) bertujuan menyegarkan industri perkapalan dan sektor maritim sekaligus membangunkan industri berkenaan.

Nafas segar ini dirangka dan dinamakan sebagai Pelan Induk Perkapalan (MSMP).


Ketika ucapan dalam Majlis Perasmian Sambutan Hari Maritim Sedunia 2015 peringkat kebangsaan semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu bahawa menerusi pelan itu, industri berkenaan akan menjadi lebih dinamik dan berdaya saing.

Selain daripada memberi tumpuan terhadap infrastruktur dan peningkatan kesalinghubungan antara pelabuhan, MSMP turut memandang serius soal pendidikan dan latihan maritim.

Seperti kata Liow, pelan yang diusahakan tidak akan berjaya sekiranya tidak melibatkan bidang pendidikan dan latihan maritim.

Menerusi pelan ini, lebih ramai tenaga kerja tempatan mampu dilahirkan khusus dalam indsutri perkapalan dan maritim. Dengan itu, kepenggunaan perkhidmatan asing sebanyak 40 peratus selama ini mungkin dapat kita kurangkan setelah menerima penyertaan daripada mereka (pekerja tempatan).

Kelihatan pihak-pihak terlibat seperti Kementerian Pengangkutan yang secara komited dalam menyahut cabaran-cabaran baharu dan tidak sesekali meletakkan industri perkapalan dan sektor maritim pada tempat selesa - sekalipun Malaysia berada pada kedudukan 20 tempat teratas di dunia!

Untuk makluman pembaca, Kementerian Pengangkutan akan membentangkan pelan ini ke kabinet tahun hadapan.

Mudah-mudahan MSMP yang kemudiannya disuntik dengan strategi-strategi holistik ini berjaya mencapai objektif sebagaimana yang diharapkan - pembangunan industri. Teruskan melangkah kehadapan buat industri perkapalan dan sektor maritim Malaysia!

No comments:

Post a Comment