AdSense

Friday, October 30, 2015

#Bajet2016 - Apa untuk FELDA?

Warga FELDA pastinya mendengar perbentangan Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri sebelum ini. Cuma artikel kali ini adalah bertujuan untuk sesi 'highlight' - macam bolasepak... ulang siar aksi-aksi kemenangan jaringan gol.


Bajet 2016 - 'Mensejahterakan Kehidupan Rakyat' - itulah tema yang digunapakai dengan bersandarkan kepada 5 tunjang utama. Ketepikan dahulu perkara lain, kita beri tumpuan pada hal-hal yang berkaitan dengan FELDA sahaja.


Sedia maklum, anak syarikat FELDA iaitu FGV merupakan entiti yang bergerak aktif dalam aktiviti-aktiviti yang cenderung kearah ekonomi. Bukan sahaja tempatan tetapi FGV juga semakin hebat menggoncang pasaran luar. Ketika ini, FGV sedang fokus pada perniagaan di Indonesia. Dikhabarkan, ia berada dalam fasa terakhir. Sudah tentulah hal-hal perniagaan yang bakal membawa berita baik kepada semua.

Dalam Bajet 2016, Perdana Menteri mengumumkan kadar gaji minima dilonjakkan dari RM900 kepada RM1000 sebulan di Semenanjung dan RM800 kepada RM920 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

Apa kena mengena kadar gaji ini dengan FELDA, FGV?

Untuk makluman pembaca, FGV memiliki kira-kira 53,000 orang pekerja. Kenaikan kadar gaji ini sekaligus memberi manfaat kepada 63 peratus daripada angka tersebut! Ternyata pengumuman ini menerima respon positif daripada CEO FGV Datuk Mohd. Emir Mavani Abdullah.

Selain itu, kenaikan gaji minima ini bakal menarik minat tenaga kerja tempatan untuk mencari rezeki di sektor perladangan. Dengan ini, syarikat-syarikat besar seperti FGV tidak lagi terlalu mengharap pada pekerja asing!

Selepas kenaikan gaji minima, apa lagi isikandungan dalam Bajet 2016 yang kena pada FELDA?

- Peruntukkan RM200 juta untuk meningkatkan prasarana jalanraya di kawasan FELDA
- Pembinaan 20,000 rumah untuk generasi kedua FELDA
- Penurunan harga rumah FELDA dari RM90,000 kepada hanya RM70,000.

Lagi? Lagi? Lagi???

Itu dia, peruntukkan RM523 juta untuk pembangunan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) kem tentera FELDA Sahabat. Cukup sayang dan prihatinnya kerajaan pada keselamatan rakyatnya....

Apa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dikecualikan pada peneroka FELDA? Tidak!!!
Nah, Bajet 2016 turut menyaksikan kenaikan BR1M bagi setiap kategori! Ya, peneroka FELDA juga menikmati BR1M tanpa merujuk pada bulu hitam, putih atau apa warna sekalipun!

Terbukti, Bajet 2016 ini benar-benar mendahulukan rakyat!

No comments:

Post a Comment