AdSense

Tuesday, October 13, 2015

MP DAP Buta Tuli Protes SPAD


Budaya protes dan demonstrasi jalanan lazimnya sinonim dikalangan para pemimpin parti pembangkang. Mereka cukup gemar mencetuskan suasana yang tidak harmoni di dalam masyarakat. Jika badan NGO pro pembangkang Bersih mengajak rakyat ke jalanraya dalam protes ketidakpuasan politik, seorang Ahli Parlimen (DAP) pula menjadikan pemandu teksi sebagai alat meraih populariti politik peribadi.


Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang kelihatan tidak berminat untuk mengunapakai prinsip 'duduk semeja' bagi membincangkan sesuatu perkara. Sebab itu kira-kira 100 pemandu teksi 'dikerahkan' untuk menyokong beliau dalam satu protes terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 30 September lalu.

Menjerit-jerit dijalanan bersama beberapa sepanduk provokasi dinaikkan... Tidak dilupa sekalung jemputan besar-besaran kepada para pemberita dan jurugambar sekaligus melengkapkan acara berprestij anjuran seorang wakil rakyat.

Akan tetapi, Santiago mula terpalit rasa malu apabila pemberita mendapati tuntutan yang digendong bersama di dalam protes tersebut bagai tidak kena. Umpama roti canai berkuahkan asam.

1. Kenaikan harga NPV
2. GST ke atas penyelenggaraan kenderaan / operasi
3. Ancaman teksi haram
4. Kebajikan pemandu teksi seperti insurans dan SOCSO

Hanya 1 daripada 4 tuntutan itu berkuahkan kacang dal dan kari. Iaitu berkaitan ancaman teksi-teksi haram.

Barangkali Santiago tidak mengikuti perkembangan semasa terutamanya melibatkan aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan SPAD. Mungkin juga Santiago malas untuk membuat 'homework' berhubung perkara ini. Hanya teruja untuk protes jalanraya.


Agak aneh apabila SPAD dipersalahkan berhubung harga NPV, GST dan Insurans / SOCSO. Walhal SPAD merupakan organisasi yang cekal mengangkat martabat pemandu teksi di Malaysia. Antara usaha yang digerakkan SPAD adalah seperti mengutamakan pengguna dengan mendapat keselesaan dan kepuasan daripada kenaikan tambang teksi. Logik akal, kenaikan tambang ini memberi senyuman buat pemandu teksi. Penumpang berpuas hati, pelancong gembira dan menguntungkan pemandu teksi.

Usah salahkan SPAD jika tidak mendapat penumpang. Termenung dan hanya melepak di kedai kopi, macam mana nak jana pendapatan?

Dalam perkembangan lain, untuk makluman pembaca (sampaikan juga kepada Santiago) bahawa rekod menunjukkan pihak SPAD cukup komited dan proaktif dalam usaha memerangi kegiatan teksi haram atau bahasa indahnya, teksi yang beroperasi tanpa lesen.

SPAD acap kali melancarkan kempen kesedaran mengenai gejala teksi haram yang secara jelas melanggar undang-undang dibawah kesalahan Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APDA) 2010.



Sebanyak 470 kes direkodkan dari tahun 2011. Bagi tahun ini sahaja, sebanyak 240 kes dibuka. Sementara 144 kes daripadanya melibatkan beberapa aplikasi. Ia termasuklah aplikasi seperti GRABCAR (97 kes), UBER (43), Easy Taxi (3) dan Blacklane (1).

Sementara status kes :

No Further Action (NFA)  - 10 Kes.
Denda Mahkamah - 13 Kes.
Kompaun - 9 Kes.
Proses Makhamah - 49 Kes.
Proses Penyiasatan - 63 Kes

Status Mohon Lucut Hak untuk Kes Melibatkan Penggunaan Apps - 110 kenderaan.



Apa yang dapat dirumuskan daripada protes di hadapan pejabat SPAD 30 September lepas ialah, Santiago berjaya mengaburi sebilangan kecil pemandu teksi dalam protes yang dijalankan. Kira-kira 100 orang. (Mereka ini mungkin juga penyokong politik Santiago). Namun sebilangan besar 60,900 pemandu teksi di Semenanjung Malaysia dan 37,000 pemandu teksi di Lembah Klang pastinya kagum melihat rekod serta pencapaian yang dilakukan SPAD.

1 comment:

  1. Tahniah penduduk Klang....dapat MP bodoh macam si cilaka nih.
    Jangan lupa...nama kristian tu dah satu hal....asal usul bangsa jangan lupa!

    ReplyDelete