AdSense

Friday, September 25, 2015

@weekasiongmp : Penubuhan Pakatan Harapan satu keputusan hipokrit


Pada 22 September lalu, isteri kepada DS Anwar Ibrahim telah mengumumkan penubuhan pakatan baharu yang dinamakan, Pakatan Harapan bagi menggantikan nama Pakatan Rakyat.

Bukan sahaja menukar nama, tetapi juga anggotanya. PAS ditendang keluar dengan hinannya daripada pakatan ini. Selepas sahaja orang nombor 2 PAS (ketika itu) Mohamad Sabu a.k.a Mat Sabu kalah teruk didalam pemilihan parti (PAS).


Cuba bangun selepas diludah, penyokong kuat Anwarinas dan DAP ini mewujudkan pula sebuah parti, Parti Amanah Negara (PAN). Sebelum ini beliau menafikan bahawa menjadi dalang utama menjatuhkan Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang. Namun ia ternyata terbukti apabila dengan cepat menubuhkan PAN dan berpeluang menjadi seorang Presiden.


Pemimpin-pemimpin yang kalah di dalam pemilihan PAS kembali bertaut sesama mereka di dalam PAN. Parti yang logonya seakan sama dengan sebuah syarikat di Bangladesh - hanya warnanya sahaja diubah kini berasa hebat menyarung jersi Oren dan bersedia menjadi pengutip bola di padang.

Nah! Melayu dan Islam dihidangkan lagi dengan sebuah parti yang kononnya memperjuangkan bangsa dan tanahair. Seolah-olah UMNO dan PAS bukan lagi sebuah parti orang Melayu dan Islam.

Parti yang berkemungkinan dibiayai sepenuhnya oleh DAP ini cuba meletakkan barisan pemimpin Melayu di hadapan. Baju yang disarung pula tertera dengan tulisan yang indah - parti yang paling amanah di dunia!

PAS-PAN, tidak ubah seperti tayangan semula UMNO-PAS dan UMNO-PKR. Tidak seperti DAP yang kekal mantap sejak sekian lama. Bekas pemimpin / ahli dikalangan parti mereka tidak pula memasang cita-cita untuk menubuhkan parti peribadi. Mereka hanya 'memekik' dari luar gelanggang sahaja.

Situasi penubuhan Pakatan Harapan ini menerima pelbagai reaksi dikalangan pemimpin politik. Kebanyakkan daripada mereka 'tertawa' dengan permainan patung boneka yang sedang dipertontonkan ini - kononnya orang tidak tahu agenda sebenar permainan ini.

Bagi Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong, penubuhan pakatan pembangkang ini merupakan suatu keputusan hipokrit oleh pemimpin politik pembangkang.


"Adalah aneh dan ganjil apabila DAP dan PKR masih lagi menyimpan pemimpin PAS sebagai rakan di dalam kerajaan negeri Selangor. Dan mereka menubuhkan Pakatan Harapan tanpa PAS!."

Kata Wee Ka Siong yang juga merupakan Ahli Parlimen Ayer Hitam, DAP dan PKR tetap menyimpan pemimpin PAS di dalam kerajaan negeri sekalipun masing-masing secara terbuka menyerang pemimpin utama PAS. Bahkan, mereka tanpa berselindung menolak hudud!

Selain itu, gabungan parti di dalam Pakatan Harapan ini secara jelas menunjukkan ia sedang dikawal ketat oleh satu parti. Sama juga dengan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Skrip-skrip pemimpin Pakatan Harapan masih tidak berubah iaitu mahukan DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya berjaya menawan Putrajaya (mimpi yang tidak mungkin menjadi realiti).

Mereka cuba mengaburi mata rakyat dengan meletakkan DS Anwar di hadapan sedangkan rakyat sudah mengetahui bahawa boneka ini sedang dikawal oleh DAP. Cukup jelas di sini, mana-mana parti yang tidak bersependapat dengan DAP, akan dihapuskan. Tiada prinsip moderat dan bertolak ansur sepertimana perikatan di dalam Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment