AdSense

Sunday, September 27, 2015

Tambah tenaga kerja mahir : MCA adakan sesi diolog bersama pemain industri


Sampai masa Malaysia fokus pada melahirkan tenaga kerja mahir melibatkan warga tempatan.

Sebenarnya perkara ini sudah dibangkitkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam banyak ucapan-ucapan beliau kepada pemain-pemain dalam industri. Kebanyakkan perkara ini disentuh ketika Perdana Menteri berucap mengenai usaha kerajaan memacu Malaysia menuju negara maju.

Menyahut saranan itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menzahirkan komitmen beliau di peringkat bawah apabila sesi diolog bersama pemain industri dianjurkan.


Liow yang juga merupakan Presiden MCA amat bersetuju dengan angka nipis melibat tenaga kerja mahir terutamanya dalam industri logistik, pembuatan dan pertanian. Suasana ini mengakibatkan negara terpaksa memanggil atau menggunakan pekerja dari luar negara.


Bersandarkan kepada itu, Liow berkata, rata-rata pemain industri ini memohon jasa baik kerajaan agar dapat diadakan peluang latihan bertujuan menggalakkan kelahiran pekerja mahir warga tempatan.

"Ya, mereka (pemain industri) menghadapi masalah sumber tenaga manusia. Industri yang besar itu membantu melonjakkan ekonomi kita dari segi eksport dan import. Tetapi apabila pekerja mahir kita tidak boleh menghadapi cabaran hari ini maka kita tidak boleh menjadi kompetitif."

Kenyataan Liow ini diambil semasa beliau mempengerusikan sesi dialog MCA bersama pemain industri.

Dalam masa sama, MCA terus memberi sokongan terhadap kerajaan dalam usaha memberi galakan di dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional / latihan (TVET). Usaha ini sekaligus berupaya menghasilkan lebih ramai pekerja mahir.


Sedia maklum, TVET ini merupakan antara intipati yang terdapat di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) sepertimana yang dicetuskan kerajaan.

No comments:

Post a Comment