AdSense

Sunday, September 27, 2015

Setakat 8am : IPU cecah 243 di Shah Alam


Jerebu datang lagi...

Setakat jam 8 pagi hari ini Indeks Pencemaran Udara (IPU) sudah mencecah angka yang tidak sihat iaitu mencecah / melebihi 200.

Tiga kawasan paling tinggi direkodkan adalah di Shah Alam dengan bacaan 243, Pelabuhan Klang (229) dan Batu Muda (224).

Kecoh juga apabila netizen mula mempersoalkan sesetengah Jabatan yang tidak mengemaskini bacaan IPU di portal mereka. Masih kekal kira-kira pada angka 80 walhal yang sebenarnya sudah 200!

Semua kakitangannya masih sedang dalam 'mood' bercuti barangkali.

Apapun, semoga cuaca ini menyucikan diri kita daripada dosa-dosa lampau dan mudah-mudahan ia berlalu secepat mungkin.

Walaupun dengan terang ia berpunca daripada kealpaan negara jiran namun sebagai insan yang berpegang kepada ajaran agamanya pasti menganggap bahawa apa yang datang itu pasti membawa hikmah-Nya.

Jangan lupa, kurangkan aktiviti luar atau memakai topeng muka ya. Demi kesihatan keluarga.

No comments:

Post a Comment