AdSense

Monday, September 28, 2015

Selesai sudah khidmat Prasarana di Makkah bagi musim haji 1436H


Alhamdulillah.

Perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) bagi musim haji tahun ini 1436H / 2015 di tanah suci dapat berjalan dengan baik sebelum ia berakhir pada hari semalam.

MMMSL yang dikendalikan oleh syarikat Prasarana Negara Berhad sebelum ini memulakan operasi perkhidmatan tren kepada kira-kira 370,000 orang jemaah haji yang bermula pada 21 September 2015.

Dalam masa sama Prasarana turut berpuas hati dengan prestasi setiap kakitangannya dalam tugasan yang diberikan.

Perkhidmatan MMMSL ini melibatkan seramai 7,400 orang kakitangan termasuk kira-kira 400 daripadanya adalah rakyat Malaysia.

Artikel berkaitan MMMSL sebelum ini DI SINI


No comments:

Post a Comment