AdSense

Monday, September 28, 2015

Negara Asing campurtangan hal dalam negara - Ini yang depa nak sangat?

Kenyataan Media Biro Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia - Isu Campurtangan Duta China Dr Huang Kui Kang dalam Urusan Dalaman Negara Malaysia

1. Biro Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia ingin menyelar tindakan Duta Besar China ke Malaysia De Huang Hui Kang, yang jelas telah mencampur tangan dalam urusan dalaman negara Malaysia.

2. Kami memandang serious diatas kenyataan yang dibuat susulan lawatan beliau ke Petaling Street , Kuala Lumpur pada Jumaat 25.9.2015. Tindakan beliau yang turun padang ke tempat yang dikira 'sensitif' pada masa ini, dan kenyataannya yang juga dibuat ditempat yang sama, telah menimbulkan persoalan yang amat diragui. Tindakan ini sudah melampau batas.

3. Petikan kenyataan beliau menyatakan bahawa China tidak akan duduk senyap sekiranya berlaku sebarang insiden keterlaluan yang melibatkan hubungan kaum di Malaysia. Kami sedia maklum akan kenyataan beliau tetapi berdasarkan norma-norma protokol hubungan antarabangsa , tiada negara asing yang berhak dan boleh mencampuri urusan dalaman negara lain.

4. Malaysia sememangnya telah membuka ruang untuk kebebasan bersuara dan perhimpunan secara aman dan tidak menyekat mana-mana pihak untuk menyuarakan pendapat mahupun kepada mereka yang tidak sehaluan dengan Kerajaan.

5. Hubungan diplomatik dua-hala diantara Malaysia dan China telah menjangkau 41 tahun dan jalinan persahabatan ini harus dipertingkatkan dan dipelihara dengan baik.

6. Pada than lepas , Beijing telah meminjamkan dua ekor Panda yang bernama Xing Xing dan Liang Liang kepada Malaysia sebagai tanda simbolik hubungan diplomatik 40 tahun bersama Malaysia.

7. 'Diplomasi Panda' ini sememangnya dibuat diatas semangat keakraban dan persahabatan peringkat tertinggi di antara kedua-dua negara dan kami pasti Kerajaan dan Rakyat Malaysia terharu dengan penghormatan yang diberikan oleh Beijing.

8. Di atas semangat persahabatan dan juga hubungan dua-hala yang lama telah terjalin ini, kami merasakan bahawa tindakan Dr Huang itu amat tidak sesuai dan kami menyeru agar beliau menjelaskan kedudukan beliau.

9. Sehubungan dengan ini, Biro Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia menyeru kepada Wisma Putra untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas Duta Besar China ke Malaysia Dr Huang Hui Kang di atas tindakan beliau yang jelas keterlaluan.

10. Kami juga ingin mengingatkan kepada Duta-Duta dan Pesuruhjaya Tinggi asing supaya sentiasa mendapatkan nasihat dan pandangan Wisma Putra terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa lawatan dan kenyataan terutamanya yang melibatkan tempat-tempat dan kenyataan-kenyataan yang sensitif demi menghormati perasaan dan sensitiviti rakyat negara ini.

11. Janganlah kerana satu insiden terpencil ini, boleh menjejaskan hubungan yang baik diantara Kuala Lumpur dan Beijing.

Sekian.

Dato Mohamed Hazali Abu Hassan - Pengerusi

No comments:

Post a Comment