AdSense

Tuesday, August 25, 2015

Usaha MCA menentang kegiatan mempolitikkan Hari Kebangsaan


Parti DAP sememangnya perlu dipantau kerana mereka kelihatan berupaya untuk memecah belahkan perpaduan yang terbina sejak sekian lama di bumi bertuah Malaysia.

Mereka cukup gemar bermain politik sehingga mencampur adukkannya ke dalam pentadbiran kerajaan negeri.


Segulung tahniah dan terima kasih kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA yang menempelak DAP berhubung isu tema Hari Kemerdekaan negara sehingga menyebabkan kerajaan DAP di bawah kuasa Ketua Menterinya Lim Guan Eng akur dan membuat keputusan menarik semula penggunaan tema di negeri itu iaitu "Bersih, Cekap, Amanah"




Cukup halus agenda DAP ini sehingga menolak tema di peringkat kebangsaan iaitu "Sehati Sejiwa"

Sebab itu, tentangan padu yang ditunjukkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berhubung perkara ini cukup membanggakan netizen.

Liow bersama Timbalannya Datuk Dr Wee Ka Siong beranggapan bahawa Guan Eng sengaja mempolitikkan hari kemerdekaan negara.

"Ia adalah satu hari peristiwa serius yang menandakan kemerdekaan negara dan orang ramai tidak wajar berjenaka mengenainya"

No comments:

Post a Comment