AdSense

Tuesday, August 4, 2015

Pengendali BRT tidak dibenar kenakan tambang melebihi kadar yang ditetapkan - SPAD


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengingatkan bahawa tambang Bas Rapid Transit (BRT) adalah mengikut ketetapan sebagaimana yang ditetapkan.

Ia merangkumi komponen tambang asas iaitu RM0.90 dan komponen tambang berdasarkan perjalanan setiap kilometer (km) seperti berikut :

6km pertama : RM0.815 setiap kilometer
6km - 12km : RM0.513 / km
12km - 18km : RM0.421 / km
18km - 24km : RM0.282 / km
24km ke atas : RM0.212 / km

"Struktur ini menghadkan tambang maksimum yang boleh dikenakan bagi perkhidmatan BRT. Dengan itu pihak pengendali tidak dibenarkan mengenakan tambang melebihi kadar yang telah ditetapkan ini," kata SPAD dalam kenyataannya.

Pada 29 Julai lepas, SPAD mengumumkan Kabinet dalam mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan struktur tambang BRT bagi Lembah Klang.

Diskaun 50% untuk pelajar, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) juga ditetapkan Kabinet kepada pihak pengendali.


Sekalipun sedar bahawa struktur tambang ini tidak memihak kepada pihak pengendali bagi menampung kos operasi mereka, kerajaan telah meluluskan subsidi tahunan sebanyak RM14 juta untuk tempoh 3 tahun kepada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) selaku pihak pengendali.

Untuk makluman pembaca, BRT laluan Sunway ini merupakan bas elektrik pertama di Malaysia dan Asia Tenggara!

Syukur...

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!


No comments:

Post a Comment