AdSense

Friday, August 14, 2015

Malaysia kecualikan tempoh visa rakyat Taiwan daripada 15 ke 30 hari.



Kunjungan pelancong asing ke dalam negara menunjukkan angka yang cukup memberangsangkan.

Perkembangan positif ini dapat dibuktikan apabila rekod pada tahun lepas menunjukkan kehadiran pelancong daripada Taiwan yang cukup tinggi iaitu seramai 274,000 orang dengan tukaran asing lebih kurang RM700 juta.

Sehubungan dengan peningkatan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong memberitahu, kerajaan Malaysia telah memutuskan tempoh pengecualian visa kepada rakyat negara berkenaan dinaikkan kepada 30 hari.

Ia seiring dengan keputusan Taiwan yang telah memberi tempoh pengecualian visa yang sama kepada Malaysia sejak tahun 2003 lagi.

Syukur, semoga dengan keputusan ini berupaya merancakkan lagi sektor pelancongan negara kita.

3 comments:

  1. pastikan JUMLAH yg MASUK sama dgn JUMLAH yg KELUAR. Kalau yg KELUAR lg ramai lg bagus.

    ReplyDelete
  2. Betul tu anon 1106, sebelum ni dikatakan ada 50,000 orang masuk hilang x keluar, kacau........imigeresen dan polis kena cari mereka ni, nanti jadi pengundi hantu.

    ReplyDelete
  3. OG dan anon 233... jnilah masalahnya. Persepsi thadap kerajaan. Apa yg kerajaan buat asyik salah saja, ada saja yg tidak kena. Lupa kah, isu 40k bangla pada pru13? Sampai skg tak ada 'khabar', sihatkah mereka?

    ReplyDelete