Tanggungjawab sukarelawan RELA dianggap penting dalam pasukan keselamatan negara apatah lagi berdepan dengan pelbagai ancaman baharu.
Oleh itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menyeru anggota RELA agar meningkatkan tahap kesiap siagaan mereka berdepan dengan pelbagai ancaman baharu termasuk kegiatan pelampau seperti militan IS.
“Kita tidak mahu elemen negative menghancurkan kestabilan dan pertumbuhan ekonomi negara.”
Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan pusat RELA di Kampung Perting, Bentong baru-baru ini.
Dalam masa sama, Liow yang juga merupakan Ahli Parlimen Bentong turut menggesa masyarakat supaya dapat bersama-sama menyertai pasukan RELA.
Tambah Liow, peranan pasukan RELA cukup besar. Bukan sekadar mengawal lalulintas, menjaga parkir dan majlis keramaian semata-mata.
Ini kerana katanya, RELA juga membantu pasukan penguasa lain dalam sama-sama membanteras isu-isu berkaitan keselamatan negara.
No comments:
Post a Comment