AdSense

Thursday, August 13, 2015

SPAD kaji pemasangan CCTV untuk pengangkutan awam


Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak henti-henti memikirkan langkah bagi memastikan aspek keselamatan orang ramai berada pada paras tertinggi.

Terbaharu, SPAD sedang mengkaji untuk mensyaratkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) bagi perkhidmatan pengangkutan awam iaitu bas dan tren.






Sebelum ini SPAD telah mengarahkan pemasangan Global Positioning Satelite System (GPS) bagi memantau dan mengesan kelajuan serta lokasi kenderaan pengangkutan awam.

Selain itu, SPAD juga bercadang membangunkan sistem sokongan teksi berpusat (Centralised Taxi support Service CTSS) yang mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti pengesan dalam GPS.

Pada 27 September tahun lalu, SPAD mewajibkan pemasangan GPS kepada pengendali bas henti-henti dan ekspres dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan membabitkan kenderaan berkenaan.



SPAD menjelaskan audit keselamatan berkenaan dilakukan berdasarkan pekeliling SPAD ICOP – Keselamatan Bil 6/2013 yang berkuatkuasa pada 20 Ogos 2013.

Antara keperluan yang terkandung di dalam pekeliling yang telah diwajibkan bagi kenderaan adalah seperti pemasangan GPS, Anti-lock Braking System (ABS), CCTV kamera di ruang ‘dashboard’ atau ruang yang bersesuaian, sistem keselamatan brek seperti Engine Retarder/exhaust brake dan pematuhan peraturan keselamatan antarabangsa mengenai keselamatan super structure kenderaan (UNECE Rule 66/ADR.) serta tali pinggang keledar untuk semua kerusi penumpang (UNECE Rule 80).

No comments:

Post a Comment