AdSense

Monday, August 10, 2015

MCA tegur majalah kurang ajar hina MH370


Biadap, sungguh biadap!


Baru-baru ini, majalah yang beroperasi di Perancis, #CharlieHebdo dengan biadapnya menghina mangsa MH370.

Majalah kurang ajar ini memaparkan lukisan yang secara jelas menghina mangsa MH370.


"Kami jumpa sebahagian daripada juruterbang dan pramugari," demikian kapsyen di dalam lukisan tersebut.

Sehubungan itu Biro Publisiti MCA Senator Datuk Chai Kim Sen bingkas menyeru pihak berkuasa Perancis serta pengamal media seluruh dunia agar mengutuk keras kebiadapan Charlie Hebdo.

"MCA menegur Charlie Hebdo kerana menyamakan tragedi MH370 dengan menyiarkan karikatur politik (yang sering kali dipaparkan majalah itu), secara mempersendakan juruterbang MAS dan anak kapalnya yang amat berdedikasi serta meraih banyak anugerah antarabangsa bagi kualiti dan perkhidmatan dalam penerbangan."

Nampaknya seolah-olah majalah ini cuba mengekploitasi penumpang dan anak kapal MH370 sebagai peluang bagi meningkatkan jualan mereka!

Awal tahun lalu iaitu pada 7 Januari 2015, satu tembakan rambang dilepaskan di pejabat majalah Charlie Hebdo yang mengakibatkan 12 terbunuh.

Ini berikutan kebiadapan majalah itu melakukan penghinaan terhadap agama.

No comments:

Post a Comment