AdSense

Tuesday, August 18, 2015

Gaji pekerja : Ini jawapan FGV


Media barat berterusan menggunakan penulisan mereka bertujuan menyebar fitnah dan mengundang persepsi negatif.

Jika sebelum ini pemimpin politik, kini syarikat seperti Felda Global Ventures Bhd (FGV) menjadi sasaran mereka.



Laporan yang disiarkan oleh Wall Stret Journal (WSJ) pada 26 Julai lalu misalnya, dengan sengaja menimbulkan persepsi negatif kepada FGV yang juga merupakan anak syarikat FELDA ini.

Apa maksud tajuk sedemikian melainkan berniat menuduh pihak FGV sebagai syarikat yang zalim.

Sungguh mendalam perasaan dengki mereka ini dengan kejayaan demi kejayaan yang dicapai FGV selama ini.

Manakala Maybank Investment Bank pula melaporkan bahawa pihak FGV telah bersetuju untuk menaikkan kadar gaji pekerja ladang mereka sebanyak 8-10 peratus.

Walhal FGV memberikan pekerja mereka gaji mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Persatuan Pengeluar-pengeluar Pertanian Tanah Melayu (MAPA). Sementara ia diselia oleh Kementerian Sumber Manusia!

"Kami (FGV) tidak menaikkan gaji pekerja ladang kami, termasuk pekerja kilang minyak sawit, dan pekerja am yang lain, sebanyak 8-10 peratus berkuat kuasa 1 April, 2015, seperti dicadangkan dalam laporan.

"Bagaimanapun, kajian pelarasan gaji masih dilaksanakan dalam FGV dan sebagai entiti senaraian awam, sebarang perubahan dalam dasar buruh FGV memerlukan kelulusan daripada lembaga pengarah kami," 

Demikian kata FGV dalam satu kenyataan penafian mereka berhubung laporan yang dikeluarkan.

Kenapa dengki sangat kumpulan-kumpulan seperti ini dengan FGV? Fitnah demi fitnah, persepsi demi persepsi... seolah-olah ada cubaan menghalang kemajuan dan kejayaan yang diusahakan oleh pihak FGV ini.

Cukup-cukuplah, majoriti warga peneroka / Felda menikmati segala kemudahan dan kesenangan dengan rasa bersyukur. Usah lagi menimbulkan persepsi negatif kepada syarikat yang benar-benar berkhidmat kepada pekerja dan masyarakat kerana usaha sedemikian sudah pastinya membawa kegagalan!



No comments:

Post a Comment