AdSense

Wednesday, July 29, 2015

Tuntut keadilan MH17 - Menteri Pengangkutan Malaysia bentang resolusi di Majlis Keselamatan PBB


Malaysia akan membentangkan Resolusi Bagi Tribunal MH17 untuk mendapatkan sokongan daripada kesemua ahli Majlis Keselamatan PBB (UNSC) bertujuan penubuhan tribunal jenayah antarabangsa khusus untuk MH17.


Pembentangan yang diadakan di New York hari ini akan diwakili oleh Menteri Pengangkutan sendiri iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai. Empat negara lain dalam anggota Pasukan Siasatan Bersama (JIT) untuk MH17 iaitu Belgium, Australia, Belanda dan Ukraine turut mengambil bahagian.


"Hampir setahun yang lalu, Majlis Keselamatan ini telah sebulat suara untuk menerima pakai Resolusi 2166 secara konsensus beberapa hari selepas insiden malang tragedi MH17. Majlis ini juga telah mengutuk sekeras-kerasnya insiden tersebut dan menggesa siasatan antarabangsa yang menyeluruh dan bebas mengikut garis panduan penerbangan awam antarabangsa.

"Resolusi tersebut juga turut menyeru semua Negara anggota untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam penyiasatan antarabangsa dan menuntut mereka yang bertanggungjawab dalam insiden ini ke muka pengadilan," kata Liow dalam satu kenyataan.

Tragedi MH17 ragut 298 nyawa 

Tidak dapat dinafikan lagi betapa komitednya Malaysia dalam menggesa masyarakat antarabangsa supaya memandang serius dan tegas dalam membawa pihak yang bertanggungjawab di atas tragedi nahas MH17 ke muka pengadilan seterusnya menerima hukuman setimpal!

"Sekali lagi, kita berada di fasa penting dalam usaha berterusan Negara menyeru Majlis Keselamatan PBB ini supaya mengotakan ikrar dan janji mereka untuk memberikan kerjasama sepenuhnya bagi mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab dalam insiden MH17 agar perkara ini dapat dibawa ke muka pengadilan. Dalam hal ini, penubuhan satu tribunal jenayah antarabangsa ad hoc adalah amat wajar dan perlu dilakukan."

#KeadilanUntukMH17
#JusticeForMH17

No comments:

Post a Comment