Operasi yang dijalankan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 selama lebih 4 jam itu berjaya merekodkan 9 kes. Berikut merupakan laporan berkaitan operasi semalam :
7 x Mengendalikan Sesuatu Perkhidmatan Tanpa Lesen Pengendali - (Sek 16 APAD)
2 x Memujuk dan Merayu (ulat) - (Sek 205 APAD)
Daripada 7 kes dibawah Sek 16, dua daripadanya melibatkan kenderaan yang menggunakan Applikasi GrabCar.
Sementara jenis-jenis kenderaan yang disita adalah :
Van Merzedez
Van Nissan Urvan
Toyota Prius
Proton Preve
Proton Exora
Perodua Alza
Proton Wira
Seramai 50 orang anggota SPAD termasuk 3 orang pegawai terlibat dalam operasi ini. Manakala 6 orang pegawai daripada pihak MOTAC.
Sekali lagi syabas dan terima kasih buat pasukan ini dalam usaha memerangi ulat dan kereta sapu yang mencemari pintu masuk utama negara. Kegiatan tidak bertanggungjawab ini sewajarnya diperangi habis-habisan kerana ia melibatkan aspek keselamatan pengguna.
Pemandu ini tidak memiliki rekod sebagai pemandu yang berkhemah malah identiti mereka juga kabur. Oleh itu para pengguna berisiko tinggi sekiranya sesuatu kejadian buruk menimpa mereka ketika menggunakan perkhidmatan ulat dan kereta sapu ini.
#SPAD
#KeretaSapu
#KLIA
#KLIA2
No comments:
Post a Comment