AdSense

Tuesday, July 28, 2015

TEKS1M - Bukan tukar tapi tambah


Ada saja yang tidak kena...

Pengumuman Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini yang mengumumkan Toyota Innova sebagai model Teksi 1Malaysia (TEKS1M) tidak ada kena mengena dengan senario politik ketika ini. Kononnya ia berlaku akibat daripada percakaran melibatkan orang kuat Proton iaitu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Usah cuba mencampur adukkan politik ke dalam urusan meningkatkan mutu perkhidmatan teksi negara.

Pengerusi SPAD Tan Sri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Toyota Innova TEKS1M menegaskan bahawa keputusan tersebut tidak melibatkan angin politik semasa.


"Kita bukan tukar Exora (Proton) kepada Innova (Toyota) tetapi ini adalah tambahan kepada Exora yang dilancarkan dua tahun lepas. Kita bersetuju menerima Innova untuk memberi peluang kepada pemain-pemain dalam industri ini supaya dapat menggunakan kenderaan lain selain daripada Exora."

Lagipun, bukankah pengeluar Toyota iaitu UMW Toyota itu dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (BHD)?

Untuk makluman pembaca, pada Oktober 2014 lalu, semua kenderaan yang melebihi had usia kelas teksi ini diwajibkan untuk beralih kepada TEKS1M. Ia merupakan sebahagian daripada program Industri Migrasi Teksi di dalam menaiktaraf perkhidmatan sedia ada. Sebanyak 3,367 kenderaan telah mendapat surat kelulusan bagi TEKS1M dan sedang proses melesenkan kenderaan.

Manakala setakat hari ini, sebanyak 300 buah Toyota Innova ditempah untuk dijadikan TEKS1M. Pihak Toyota juga mensasarkan tempahan sehingga 700 unit sehingga akhir tahun ini.

Artikel berkaitan
SPAD umum Toyota Innova sebagai model tambahan - Tingkat mutu perkhidmatan teksi

No comments:

Post a Comment