Wednesday, July 1, 2015

Kritikan kitar semula : Tak perlu PM jawab



Rakyat yang akalnya celik mampu untuk menjawab segala persoalan yang cenderung ke arah kritikan itu.

Lensa hanya boleh bersetuju tentang persoalan terhadap pegawai-pegawai atau penasihat-penasihat Perdana Menteri ketika menjalankan tanggungjawab turun memantau permasalahan rakyat di bawah. Dengan isu-isu berbangkit hari ini kelihatan seolah-olah pegawai-pegawai tersebut tidak memberikan laporan yang tepat kepada Perdana Menteri.


GST

Lain-lain perkara yang dinyatakan seperti GST yang tidak membantu rakyat, adalah tidak tepat. Ini kerana GST adalah sistem percukaian yang baharu, menggantikan SST. Sudah tentulah ia memerlukan masa untuk menampakkan keberkesanannya yang memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya. Ia bukannya seperti berjudi, boleh menang dalam sekelip mata. Memandangkan ia memerlukan tempoh masa, sama seperti membina jalanraya apabila slogan yang sering digunapakai adalah 'kesulitan hari ini untuk masa depan anda'. Oleh itu, usahlah penulis terperangkap dengan pihak-pihak cauvinist yang semua orang tahu cukup anti kepada apa-apa sistem cukai dalam dunia. Mereka inilah golongan yang sering lari daripada membayar cukai, setelah mengaut untung daripada rakyat dan menjadi penguasa ekonomi. Akibatnya, pelebaran jurang ekonomi antara kelompok masyarakat berada dalam paras paling ketara. Matlamat GST antara lain adalah memastikan tiada lagi ketirisan berlaku terutamanya melibatkan syarikat-syarikat gergasi ini. Ia sekaligus berupaya merapatkan jurang ekonomi dikalangan rakyat!

HARGA MINYAK

Sudah pasti, isu minyak meniti bibir-bibir masyarakat ketika ini, pada malam ini. Siapa yang suka membayar lebih. Tetapi jika kita faham mengenai status penjualan minyak ini, kita tentunya tidak mudah melatah. Semak kembali berapa peratus yang disumbangkan kerajaan dalam pemberian subsidi. Walhal harga minyak ini melibatkan nilai pasaran global. Tetapi kerajaan masih lagi mempunyai sifat prihatin apabila menyumbangkan pemberian subsidi. Apakah kerajaan masih lagi dilabel sebagai penindas?

Apa yang Lensa dapat lihat disini adalah mengenai peranan menteri yang terbabit ketika berdepan dengan sesuatu isu, terutamanya isu harga minyak apatah lagi dalam tempoh musim perayaan. Dimana ketegasan mereka, adakah semua perkara hendak diselesaikan oleh Perdana Menteri sendiri? Sekecil-kecil isu hingga sebesar-besarnya perlu ditindih ke atas bahu Perdana Menteri? 

Menteri yang bertanggungjawab sekarang tidak perlu cepat beremosi. Harga ayam naik, beli ikan, bukanlah cara menjawab dengan menggunakan akal. Hati-hati dan teliti apabila menangani sesuatu isu.

Umpama menarik rambut di dalam tepung. Rambut tidak putus dan tepung tidak berselerakan.

PERBELANJAAN KERAJAAN

Seolah-olah tidak mengizinkan kerajaan menyalur bantuan kepada pihak-pihak yang memerlukan seperti bantuan kemanusiaan dan bencana alam. Memberi cadangan supaya dana itu digunakan untuk rakyat dalam negara yang dianggap memerlukan. 

'Come on', kenapa kita masih berfikiran sempit. Apabila kerajaan memutuskan untuk memberi bantuan dalam misi-misi kemanusiaan, sudah pasti segala perancangan disusun dengan teliti. Mana mungkin kita hanya berpeluk tubuh apabila melihat masyarakat yang lain berada dalam kesulitan? Jika hanya berpeluk tubuh, sudah pasti ia menjadi bola tanggung kepada pasukan parti lawan.

"Kerajaan Malaysia sombong apabila enggan membantu masyarakat yang sedang menghadapi bencana alam."

"Inilah bukti kerajaan Malaysia menuju negara bankrap, sebab itu tidak mampu menghulur bantuan."

Mungkin tuduhan sedemikian akan dilemparkan kepada kerajaan.

Apabila kerajaan membantu masyarakat lain, ini tidak bermakna mengiyakan perumpamaan 'kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan'

Tidak sama sekali, dapat kita lihat bagaimana komitednya kerajaan selari dengan slogan 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'

Ada sahaja bantuan yang disalurkan kerajaan Malaysia kepada rakyatnya. Banjir di Pantai Timur, gempa bumi di Sabah, sebut sahaja apa situasinya, cepat sahaja kerajaan mengumumkan bantuan. Bukan sahaja kepada negeri-negeri tetapi juga kepada setiap individu yang menjadi mangsa! Sementara agensi-agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat pula sentiasa bertungkus lumus mencari golongan yang layak untuk diberikan bantuan. Mengambil contoh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan baru-baru ini bergegas mencari sekeluarga yang dikatakan hidup merempat di ibukota. Semata-mata bagi memastikan tiada siapa yang tidak mendapat perhatian daripada pihak berwajib.

Justeru itu, buat penulis di atas, tidak perlu menunggu jawapan daripada Perdana Menteri kerana segala persoalan yang diajukan itu hanyalah soalan kitar semula. Buka mata, celikkan minda dan usah terperangkap dengan permainan persepsi semata-mata. Usah diganggu tumpuan kerajaan dalam usaha membangunkan Malaysia.

Hentikan politik kosong yang melalaikan.

DO DENGAN MINAH SIAPA YANG MATI DULU?

Sent from my iPhone

6 comments:

  1. kenapa tak sokong BN...Tak perlu rakyat jawab

    ReplyDelete
  2. Kenapa rakyat masih tak sokong PR... Tak perlu rakyat jawab. PKR PAS tengah bersepai la ni. Tak keluar satu official statement pun ttg isu ni. Yg busy hentam kjaan la ni DAP dn pro tun m. 2x5...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE












      Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE

      Delete
  3. tunggulah PRU 14 nnti BN di bwh naungan najib akan tumbang..

    ReplyDelete
  4. SEMOGA JADI TERBALIK..BN MENANG BESAR

    ReplyDelete
  5. Saya tak pernah terbayang pun menteri-menteri kita ni akan baca apa yang kita cuba cakap kan. Kalau baca pun sekadar masuk telinga kiri keluar telinga kanan je

    Jemput join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!

    ReplyDelete