AdSense

Saturday, June 6, 2015

KRONOLOGI SEBENAR APA YANG BERLAKU SEMASA DIALOG PM BERSAMA NGO

Oleh Raziz KLXPress

1. JEMPUTAN

- Menurut Dato Khairul Anuar Rahmat, Pengerusi Sukaguam, tiada jemputan dikeluarkan khusus untuk Tun Dr Mahathir. Tetapi Tun M boleh hadir sebagai peserta menggunakan mana-mana kad jemputan kosong yang dikeluar kepada NGO yang mendaftar sebelum 3hb Mei lalu. Maka, salah satu tiket kosong tersebut telah mereka tulis nama Tun M untuk menunjukkan Tun M dijemput secara rasmi.

- jemputan hanya untuk hadir mendengar ucapan PM dan bertanya soalan, bukan untuk berucap. Tun M sewaktu di bilik menunggu memaklum penganjur bahawa beliau tidak dijemput, tetapi hadir kerana media maya spin kata beliau akan hadir. Namun Tun desak penganjur, dia mahu berucap selama 30 minit sama seperti Najib.

2. REMPOH PINTU DEWAN
- Yang diviralkan oleh Penyokong Tun ialah rempuhan Ali Tinju seorang yang dikatakan tidakpun menjejaskan keselamatan. Ini bukan rempuhan yang dimaksudkan oleh penganjur (Rujuk Video https://youtu.be/VHJ6cAwJltc ). Rempuhan yang dimaksudkan ialah rempuhan beramai-ramai Penyokong Tun termasuk oleh seorang Exco Pemuda UMNO, Sdr Ibdil Ishak sebaik sahaja berita pembatalan program tersebut diterima. Saya nampak beliau merempuh Sdr Lokman Adam yang berada di pintu utama Dewan Tun Hussein Onn.

- Memang saya memberi Sdr Ibdil kad Jemputan dan memang benar Sdr Ibdil memang telah memasuki dewan sepertimana paparan instagram beliau. (rujuk Gambar). Persoalannya, kenapa beliau keluar dan menyertai kumpulan yang merempuh masuk. Dalam paparan instagram itu juga, Ibdil sendiri mengakui beliau berada dibahagian depan kumpulan yang merempuh masuk. Persoalannya, jika ianya sekadar kebetulan, kenapa bila group Tun M tawan pentas utama, beliau juga berada di atas pentas?(Sila rujuk Gambar Dilampirkan).

3. PEMBATALAN PROGRAM

- Dialog PM bersama NGO hari ini telah dibatalkan oleh Ketua Polis Negara atas sebab keselamatan. Pihak polis telah mengesan bahawa ramai penyokong Tun M telah digembling oleh Kelab Che Det untuk hadir. Penganjur tidak melarang mana-mana pihak untuk hadir. Pada pendapat pihak Polis, jika Tun Mahathir hadir dan beliau tidak dibenarkan berucap, penyokong beliau sudah pasti tidak akan berpuas hati. Persoalannya, Program ini dialog PM Bersama NGO, bukan Debat. Ini pastinya akan menimbulkan kekecohan bila mana Penyokong Tun M pasti menjerit terhadap penganjur dan PM. Kata-kata terhadap PM, sudah pasti tidak akan dibiarkan oleh penyokong PM pula. Bagi mengelakkan suasana tegang, IGP Telah membatalkan program dan meminta PM untuk tidak hadir. Kalau PM ingkar dan hadir tadi, sudah pasti mereka akan kata PM tunjuk contoh yang tidak baik dengan mengingkari arahan IGP pula.

4. HIJACK

- Sebaik merempuh masuk, Tun M dan Penyokongnya kemudiannya telah mengambil alih pentas utama dan bukan duduk di kerusi yang disediakan untuk beliau dibawah (Rujuk Gambar Dilampirkan).

- Bila suasana di bahagian depan dewan dan pentas utama menjadi tegang akibat dipenuhi penyokong Tun Mahathir, akhirnya Dato Khairul telah mengarahkan MC mengumumkan pembatalan program dan membenarkan Tun M berucap. Kalau Sukaguam tidak membenarkan Tun M berucap tadi, penyokong Tun M pasti memberontak.

5. BENARKAH MIC DIRAMPAS

- Tidak lama selepas Tun berucap, pihak Polis telah naik ke atas pentas dan berbisik cara baik dengan Tun supaya beliau berhenti berucap kerana arahan pembatalan program oleh IGP (sila Rujuk Video). Tiada rampasan MIC berlaku. Tun M kemudiannya telah mengadakan sidang media di atas Pentas Utama tersebut selama lebih kurang setengah jam.

Sent from my iPhone

10 comments:

  1. Tu pasal hangpa kaki jilat Najib, tolong bagitau kat dia walaupun dia PM yang dipilih melalui pilihanraya, bukan presiden UMno yang dipilih secara undian pun., Lain kali bila pi mana2 buat roadshow nak publish diri sendiri jadi jaguh Bugis, jangan dok hina kata orang tua tu "sendirian sahaja" satu orang aje, ni baru sikit penyokong Tun Mahathir yang hadir, kalau semuanya turun ( tak kira ahli Umno/Perkasa/Pas/ PKr kah//) baru perawan bugis tu tau.. Pendek kata janganlah sombong dengan orang tua yang telah banyak berjasa, walaupun kekadang kita rasa jengkel dengan kerenah orang tua tu.. Belajar hormat orang lain supaya diri sendiri tak dihina oleh anak muda seperti TMJ tu...

    ReplyDelete
  2. Memang PM Najib nampak sukakan majlis tidak rasmi. Tahniah kepada pihak polis. Tapi dok cukup lagi ke dalam parlimen dah teruk pembangkang hentam kerajaan sampai nak bawa ke jalanan.

    ReplyDelete
  3. Apa punya bangang....kalau tau tak selamat,buat siaran langsung kat tv je....duduklah dlm keret kebal sekalipun, tapi buka laluan pertanyaan secara turutan nombor atau kepentingan soalan

    Buat secara terbuka memanglah banyak risiko dan faktor yang mengancam.....buat nama aje konon dah zaman cyber....MEMALUKAN !!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukaguamlah yg salah, salah dan salah. Jemputan TDM tu ala jemputan pintu belakang ..... so x de keberkatan.

      Delete
  4. Najib nak paksa orang percaya apa yang dijelaskan mengenai 1Mdb, biasala orang hendak maklumat yang terperinci kerana melibat duit yang banyak, jangan bertindak kalau ada orang mempersoalkan atau hendak jawapan. Ini nampak macam apa PM buat mesti semua orang kena setuju, tak dinafi semua ahli politik ada kesilapannya samada kecil ataupun besar, kalau di tempat lain kalau ada skandal dia rela turun, kalau tak mahu turun kena hadapi risikonya, jangan hendak merosak orang yang menentangnya.

    ReplyDelete
  5. Puak mahathir termasuk anak beranak dia dari dulu tak puas hati selagi orang lain tak ikut cakap dia.

    kenapa anak betina dia buat perangai betima garik dia tak bantah. Siti Hasmah pun sama minta doa Najib tolong Islam. Minta doa anak depa marina tu yang dah terpesong akidah balik kepangkal jalan.

    Zaman Mahathir dok atoq menteri dah berlalu. negarawan taik minyak. Guna samseng rosak majlis orang. Apa punya nagarawan. makin tua makin nayanyuk. Dulu dia kata Tungku tak betuk la ni dia pun dah semakin gelong.

    ReplyDelete
  6. wei dedah pasal madey rakyat nak tau berapa banyak harta kerajaan dia bagi rugi masa dia jadi pm

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadok naik junjungJune 8, 2015 at 12:33 AM

      setuju sangat

      Delete
    2. kasi dedah agar terdedah semuanya

      Delete
    3. aku sokong, lebih2 lagi harta dia ada berapa koyan, depa kata kilang kondom pun ada. bank pun ada betui ka?

      Delete