AdSense

Tuesday, May 12, 2015

Muka Mahathir, mulut Anwar



Sejak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah melakukan tabii kaum nabi Luth suatu ketika dahulu yakni meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, dan pesalah ini dikenakan hukuman penjara lima tahun.... nyaman di penjara Sungai Buloh.

Posisi Anwar selaku suara pembangkang, membangkang apa jua dasar kerajaan.... asal ia bergelar kerajaan, maka ia akan dibangkang.

Kini tempatnya diganti pula dengan bekas Perdana Menteri 22 tahun, Mahathir Mohamed.


Kerja-kerja membangkang, mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini bertukar tangan.

Tanggungjawab untuk menghentam Najib kini digalas Mahathir dan usaha ini kelihatan bertambah rancak tiada seperti menemui noktah.

Selama lebih dua dekad memerintah, tiada siapa pun berani melawan arus, melawan pentadbiran Mahathir, kuasa besar yang hebat dan utuh. Najib juga begitu taat kepada Mahathir. Tidak hairanlah ada pemimpin UMNO yang menyebut soal team A dan team B.

Pengamal media yang lantang membangkang Mahathir pasti dilenyapkan dengan mudah. Kini apabila tidak lagi berkuasa, Mahathir menggunakan medium media sebagai alat untuk menentang

Najib. Adakan sahaja sidang media, berduyun-duyun pengamal media hadir. Malas keluar, duduk sahaja di depan komputer dan mula menulis di ruangan blog peribadi. Seluruh dunia dapat membaca hentaman ini.

"sekali petik, 10 yang datang tau" - filem P. Ramlee

Najib yang dianggap anak pula lebih selesa berdiam diri dan tidak mahu menjadi derhaka dan kurang ajar.

Sememangnya sebagai seorang anak perlu patuh dan taat kepada bapa. Namun kita tidak digalakkan untuk tunduk kepada bapa yang terkeluar daripada landasan sebenar. Kita perlu berdiri tegap ketika si bapa sudah terpesong. Tidaklah menjadi satu kesalahan apabila si anak menegur dan membantah kesalahan si bapa. Tidak salah jika si anak tidak mengikut jalan salah si bapa.

Malaysia bukan milik Mahathir

Selama memerintah, Mahathir memacu negara mengikut acuannya. Terima kasih, seluruh rakyat Malaysia bangga dengan pentadbiran Mahathir selama ini. Berjaya memandu Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dan dikenali dunia.

Tetapi itu, pada ketika itu. Kini, pada ketika ini. Malaysia hari ini diketuai Najib selaku ketua kerajaan. Setakat pemerintahan Najib selama ini, Malaysia terus berjaya dan dimantapkan saban hari, sekalipun belum sampai 22 tahun usia pemerintahannya.

Kalau dibaca kepada persepsi kotor yang dimainkan pembangkang seperti hutang kerajaan, rasuah dan sebagainya, pastilah sebijak-bijak Mahathir ini akan berjaya dipesongkan.

Sedangkan Proton yang dikuasai Mahathir pun pernah mengalami kerugian, suntikan dana dan sebagainya... Bagaimanapula dengan rasuah, apakah penguasaan hebat dijalankan ketika pemerintahan Mahathir? Ia tidak sehebat pemerintahan Najib, yang cukup tegas membanteras gejala rasuah. Najib begitu komited berperang dengan gejala rasuah dalam negara, sebagaimana yang terkandung di dalam program NKRA negara.

Tidak cukup dengan itu, isteri Najib turut terkena tempiasnya. Persepsi yang dimomokkan oleh pembangkang juga disambut Mahathir. Wanita bernama Rosmah Mansor yang bersifat mulia memartabatkan kaum hawa dan kanak-kanak ini dihentam hanya kerana beliau merupakan seorang isteri kepada seorang Perdana Menteri.

Hebat sungguh permainan ini, Mahathir yang pernah digelar pihak pembangkang sebagai maha zalim dan firaun ini kelihatan seolah-olah sedang memainkan peranan utama kepada agenda Anwar si pelaku seks sejenis zaman nabi Luth, untuk merampas Putrajaya dengan apa jua cara. Firaun bergabung dengan kaum di zaman nabi Luth, dahsyat sungguh perkataan ini.

Biarpun dahsyat, ia terkandung di dalam amalan demokrasi dan kebebasan bersuara. Ini adalah hak SL untuk menulis dan tiada siapa boleh menghalang.

Kegiatan perdebatan ini akan berterusan... sementara tepukan gemuruh akan diberikan oleh pihak pembangkang, Anwar tersenyum lebar di dalam penjara, tunggu masa sehingga hukuman selesai... keluar dengan lompatan kegembiraan... satu laluan mudah baginya. Tidak hairanlah Mahathir acap kali menyebut soal PRU14.

Biasalah, robohnya sesuatu organisasi adalah melalui serangan dari dalam. Cara ini sedang rancak direncanakan.

19 comments:

  1. Aik..jemuan dah berbunyi...ingar bro...malaysia pun bukan najib punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib x pernah jatuhkan orang.

      Delete
    2. Bukan Najib punya tapi dia ingat dia punya, ha! ha! tak pernah jatuh orang????? silap kot, dok sibuk angkat diri sendiri.

      Delete
  2. Saya menyokong artikel ini...Malaysia bukan Mahathr yang punya.

    ReplyDelete
  3. Satu dunia respect kat Tun M, rakyat malaysia yang bodoh saja tak tahu menilai. Puak yang tak ada wawasan macam Najib saja berfikiran macam tu. GST yang Najib kutip 1.3Billion sebulan, 2 bulan boleh buah satu KLCC yang kata projek membazir Tun M. Najib merompak rakyat terang-terangan masih boleh kata bagus lagi. Ini memang puak bodoh dan sombong. So, tolonglah tak perlu nak bandingkan Tun M dgn Najib, bagai langit dengan bumi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puak mana yang kata Mahathir x bagus suatu ketika dahulu...? Kini secara tiba mengasihi Mahathir... jelas kemunafikan yang cuba menangguk di air yang keruh... kalau mahthir bgs pada pendapat puak nie.. kena terima kenyataan bahawa Mahathir yang mula2 menyumbat Anuar ke penjara atas tuduhan liwat... kenapa tidak mengiyakan tindakan Mahathir dulu kini dan selamanya...kenapa ambil separuh2 tidakan Mahathir dan terus mengaku bahawa Mahathir peminpin terbaik... aku menghormati Mahathir, aku sayang paklah, dan aku juga menyokong penuh Pimpinan Najib... Najib mewarisi ketidak stabilan yang ditinggalkan peminpin terdahulu... kerana musuh UMNO masih orang yang sama... kalau zaman mahathir mereka x bagus kenapa sekarang mereka dianggap hero rakyat... anuar ibrahim, Lim kit siang, Karpal Singh, Pas juga dulu musuh politik Mahathir... kalau kamu respect Mahathir kenapa kamu satu kapal dengan musuh2 Mahathir.... sebb tu aku anggap hang pa semua nie golongan munafik yang paling nyata sekali.....

      Delete
  4. dan bukan najib punya.....




    rakyat MALAYSIA YANG PUNYA

    ReplyDelete
  5. yang buruk jadikan sempadan,
    yang baik dijadikan sandaran...

    ReplyDelete
  6. Najib kutip GST 15 Billion setahun. Ini terang-terangan merompak dari apa saja yang rakyat belanjakan. Bodoh dan bahalol sapa yang belum faham apa yang berlaku. Secara tak langsung, Najib meminta dari rakyat lebihan 15 billion setahun kerana dia tak pandai nak uruskan ekonomi negara. Kalau zaman Tun M, campurkan semua mega projek pun tak sampai banyak tu. Cuba bayangkan kos bina KLCC 2,5billion, Najib minta rakyat bayar 6 biji KLCC setahun dari rakyat. Ini memang PM haprak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu ko nak beli roti canai berapa sen sekeping?? Sekarang dah berapa sen lak?? Ko punye perbandingan boleh campak dalam jamban la...

      Delete
  7. Dari yang kerja kerani,sampai pangkat pegawai yang aku jumpa.. Semua dah tak percaya p.m najiburrosmah.. Untung ada m.t jadi pak turut lap taik.. Tunggu le amukan rakyat masa pru 14 nanti,gst cekik leher p.m balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakitangan kerajaan sendiri pun kerap kritik Najib, di bandar dan pekan banyak tak suka BN.

      Delete
  8. 3 kali PRU sebelum ni aku undi BN semata2 tidak mahu PR yg memerintah, tapi tidak lagi PRU akan dtg.. selagi Najib masih jadi PM.

    ReplyDelete
  9. Suka hati kau orang lah..negara demokrasi..Jgn pula melenting jika dah buat keputusan salah nanti..jadi lah macam rakyat selangor dgn penang...kelantan dah selama lamanya mengalami zaman gelap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama saja UMNO jarang sekali bela isu Islam dan Melayu, harap NGO-NGO aje, begitu juga PKR dan PAS asyik bela bangsa asing.

      Delete
  10. Saya mempunyai pendapat yg sama seperti anda. Najid jauh lebih humble klu nak dibandingkan dgn Mahathir.

    ReplyDelete