Tuesday, April 7, 2015

Menteri cakap, tak layak jadi MP kalau malas baca laporan!!!


Kalau dah namanya pembangkang, semua benda mereka hendak bangkang. Sekalipun sesuatu yang membawa kebaikan kepada masyarakat, tetapi disebabkan mereka dibayar oleh masyarakat yang lain maka mereka menjalankan tugas sebagai pembangkang.

Pagi petang siang malam kerja mereka adalah membangkang.

Agak pelik, kenapa pembangkang menolak sangat Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan Keganasan 2015, POTA sampai perbahasan panjang sehingga jam 2 pagi baru diluluskan?

POTA ini diwujudkan bagi pencegahan keganasan dengan memberi kuasa kepada polis menahan tanpa waran, suspek boleh direman selama 38 hari.
Kenapa pembangkang takut?

Suspek perlu dibawa ke lembaga pencegahan keganasan yang mempunyai kuasa mengeluarkan perintah tahanan tidak melebihi 2 tahun.
Kenapa pembangkang takut?

Lembaga berkenaan juga boleh mengeluarkan perintah sekatan bagi tempoh lima tahun dan tahanan boleh diarah dipakaikan peranti pengawasan elektronik.
Kenapa pembangkang takut?

Syabas diucapkan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi ketika di dewan rakyat semalam.

Sedia maklum, mereka yang memikul tanggungjawab didalam perlaksanaan undang-undang pencegahan jenayah ini adalah dikalangan mereka yang berpengalaman luas.

Ada yang berpengalaman sehingga 27 di dalam bidang perundangan. Ada juga yang berpengalaman sehingga 38 tahun didalam bidang kepolisan dan perundangan.

"Mereka ini terdiri daripada ahli-ahli akademik dan pengamal undang-undang. Bukan 'budak-budak' seperti yang digambarkan oleh YB.

"Saya ingin mengingatkan Bayan Baru yang mempertikaikan. Jelas YB tidak tahu siapa ahli-ahli di dalam pencegahan jenayah ini. Mungkin YB terlalu malas. Tidak layak jadi MP kerana YB malas membaca laporan."

Kata Zahid, ini adalah usaha bersungguh-sungguh kerajaan dalam menangani jenayah.
Kenapa pembangkang takut?

"Kononnya kerajaan zalim, tetapi jika sesuatu perkara buruk berlaku, kerajaan juga akan dikutuk. Jadi lebih baik kita bersiap siaga."

video


Pembangkang ini membela masyarakat yang macam mana? Kenapa pembangkang takut?

4 comments:

  1. name nya pun dah pembangkang....... kalu tak bangkang nanti di panggil bangang...
    dia bangkang supaya kerajaan tak tido...... pukul dua pagi baru capai keputusan ....baru Nampak pemimpin bekerja keras. tu pun ade yang balik awal.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. MP Pas awal2 dah cabootttt...

      Delete
  2. Assalammualaikum wmt,
    Biasanya yg takut kpd undang-undang penahanan adalah orang yg buat salah.
    Dan yg hidupnya kaya raya dan mewah kerana melanggar undang-undang negara adalah kaum imigran yg mahu bebas melakukan segala macam perbiagaan yg melanggar undang-undang.

    ReplyDelete
  3. KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI RUSLAN SALEH NMR (_0_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI

    ReplyDelete