AdSense

Saturday, March 7, 2015

Kebebasan : Pegawai Media PAS Maki TMI !


Petang tadi SL menerima sekeping gambar yang dihantar menerusi kiriman email mengenai satu amukan yang didakwa dilakukan oleh pegawai media PAS Pusat.

Amukan yang boleh diklafikasikan sebagai memaki itu dikatakan berpunca daripada sekeping gambar yang disiarkan oleh The Malaysia Insider (TMI), yang juga merupakan portal pro pembangkang.



"Tlg buang gmbar edit ni. Jgn celaka sngt TMI!," kata satu petikan di dalam 'whatsapp group' Penerangan dan Hubungan Media PAS petang tadi.

Gambar asal dikatakan tertera perkataan 'Undur Najib Undur' dan 'Undur Rosmah Undur'. Namun gambar yang disiarkan oleh TMI didakwa telah disunting dengan mengubahnya kepada 'Undur Hadi Undur'.

Peperangan ini secara tidak langsung telah mengundang perasaan kurang selesa dikalangan para media baik pro kerajaan mahupun pro pembangkang...

1. Apakah ini cara / bahasa yang baik dalam kita menegur orang lain?

2. Apakah ini maksud kebebasan media sebagaimana yang diwar-warkan pembangkang? (undur Najib boleh, undur Hadi tidak boleh)

3. Apakah ini bukti TMI telah mengesahkan 'peperangan' dengan PAS?


2 comments:

  1. Selama ni, UMNO ditipu dan difitnah, takpe pulak. Masa gambar2 PM Najib di edit, PAS takde pulak nak membela kebenaran dan mengkeji media2 yahudi ni......bila dah terkena batang hidung sendiri...tak boleh handle......kesian.

    ReplyDelete
  2. Inilaj dia menghalalkan cara.

    ReplyDelete