AdSense

Friday, March 27, 2015

Kasihan Yaman.......


Sebenarnya apa yang banyak berlaku di luarnegara tu kita kena jadikan iktibar dan pengajaran...

Banyak berlakunya peperangan, jika di selatan Filipina, ia melibatkan konflik agama... Di Palestin juga sama... Tetapi jangan kita lupa ada juga peperangan yang disebabkan konflik politik dan perang suadara.

Terbaru di Yaman, tidak mustahil berpunca daripada isu menggulingkan kerajaan. Revolusi bermula tahun 2011 melawan Presiden Ali Abdullah Saleh. Selepas letak jawatan, tugas yang berat dipikul oleh naib presiden Abd Rabuh Mansur Hadi. Hadi berusaha keras menyatukan parti politik.

Dalam masa sama Hadi juga berusaha membanteras ancaman al-Qaeda dan pemberontak yang dikenali dengan nama militan Houthi Syiah, militan yang popular menentang kerajaan.



Pemberontak ini dapat menawan kerajaan yang sah dan dengan bangga mengisytiharkan dapat mengawal kerajaan, bubarkan Parlimen dan berjaya menubuhkan Jawatankuasa Revolusi sementara.

Mereka diketuai Mohammed Ali al-Houthi iaitu sepupu kepada pemimpin pemberontak Houthi, Abdul-Malik al-Houthi.

Pemberontak ini tidak mengaku bahawa mereka disokong oleh Iran. Namun dalam masa Iran mengutuk serangan tentera yang diketuai Arab Saudi terhadap pengkalan serta kubu kuat puak pemberontak.

Arab Saudi mengetuai serangan di Yaman dan disertai 15 buah negara termasuk 5 ahli daripada Majlis Kerjasama Teluk (GCC). Jordan, Pakistan, Sudan, Mesir, Bahrain, Kuwait, Qatar dan Maghribi turut serta.

Cukup, tidak perlu lagi SL tulis bagaimana peperangan itu berlaku. Kerana tiada apa yang dapat kita gambarkan dengan kemusnahan dan kematian.



Cuma apa yang ingin disampaikan, tidak cukup lagikah kita bertelagah sesama sendiri dalam negara hanya kerana rakus pada kuasa?

Kita terlalu leka bermain politik sehingga terlupada pada tanggungjawab untuk membangun dan menguatkan negara. Jika kita berterusan sebegini maka tidak mustahillah Malaysia juga akan berlaku peperangan.

2 comments:

  1. Jadikanlah Malaysia ini seperti Yaman andai kesesatan melebihi keimanan.

    ReplyDelete
  2. Kenapa houthi berjaya menawan sunni Yemen????. Nak tahu? Jawabannya kaum houthi tak makan qat......kaum suni Yemen dari utara sampai selatsn semua cekik qat macam dah tak ada hari esuk.....otak semua penuh angan2.....dari tok alim sampai pencuci pinggan semua cekik qat......itulah kaum suni Yemen........semua ting tong high....rasa macam boleh buat roket esuk pagi.......rasakan natijah nya.....Allah tak akan ubah nasib sesuatu kaum selagi kaum itu tidak mengubah nasib mereka......

    ReplyDelete