AdSense

Sunday, February 2, 2014

HANGAT!!! PRK Kajang : Anwar kena tangkap!!!


Program kempen (SPR atau PKR umum kempen bermula?) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang mendapat halangan sejak hari pertama lagi daripada pihak berkuasa agama negeri iaitu Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Halangan ini membayangkan kesukaran untuk Anwar bergerak ke kerusi menteri besar Selangor. Ia dilakukan dengan cara menyekat Anwar menemui penduduk Kajang menggunakan masjid (sejak bila boleh berpolitik di masjid?) yang terletak di bawah pentadbiran Mais.

Mais didakwa mengugut akan menangkap Anwar jika dia memberikan tazkirah di sebuah masjid di Selangor pada hari pertama kempen. Ia berlaku apabila pasukan kempen Anwar merancang untuk membolehkan Anwar menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat di Masjid Batu 10, Cheras pada Jumaat lalu.


"Pada pagi Jumaat kami mendapat panggilan bahawa Mais dan Jais akan menangkap Anwar dan Dr Muhd Nur Manuty sekiranya membaca khutbah dengan alasan tidak ada tauliah," kata sumber daripada pasukan kempen Anwar melalui Facebooknya.

Maaf, tersalah gambar... *tidak tahu bagaimana untuk delete...

Anwar dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dijadualkan bertemu penduduk Kajang di Masjid Batu 10 pada Jumaat lalu. Berdasarkan perbincangan dengan pengurusan masjid, Anwar dijadualkan memberikan tazkirah di situ manakala Muhd Nur menyampaikan khutbah Jumaat.

Akibat halangan itu, Anwar tidak boleh memberikan tazkirah dan Muhd Nur juga tidak boleh membaca khutbah di masjid berkenaan. Sebelum itu, pasukan kempen Anwar merancang untuk berbuat demikian di Masjid Impian Saujana, Kajang namun dihalang oleh Mais. "Awalnya masjid bersetuju namun selepas subuh 30 Januari, pihak nazir memberitahu mereka menerima tekanan daripada Mais. Mereka tidak berani melaksanakan program kami. Kami lantas mencari masjid lain," kata sumber itu.

SAH!!! MASJID CUBA DIPOLITIKKAN!!!
Kenapa sebelum ini tak dengar pula Anwar dan kuncu-kuncunya nak beri TAZKIRAH di masjid-masjid? Dalam PRK Kajang ni terus jadi warak?!!!

disuntik HIV.....?

Rakyat sudah mual dengan lakonan Raja Drama ini...

Suara Lensa Suara Rakyat



No comments:

Post a Comment