Ini niat sebenar baik penyokong mahupun pemimpin parti pembangkang.
Selagi tidak dapat menakluki Putrajaya, selagi itu pasti kedengaran untuk membuat kacau bilau dalam negara.
Apa lagi isu yang dibawa pembangkang jika tidak, digelarkan kerajaan persekutuan sebagai kerajaan zalim, barang naik, dan yang pasti, isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor...
Ini target utama mereka sejak bermulanya perang PRU13.
Tohmahan, persepsi dan fitnah menjadi makan rutin mereka, demi Putrajaya dan kuasa.
Terbaru, satu artikel yang kononnya datang daripada pembaca, yang dikeluarkan dan disebarkan lidah rasmi pembangkang, The Malaysian Insider... 'Penulis' yang bernama seorang Cina (Kristian atau apa agama tidak pasti), Edwin Michael dilihat cuba memberi amaran kononnya akan turun ke jalanraya, apa ini ugutan? adakah penulisan yang banyak memaki hamun ini mendapat sokongan penuh 28juta rakyat Malaysia? atau hanya disokong 1000 ribu penyokong taksub pembangkang sahaja?
Hakikatnya, setiap kenaikan barang itu pasti ada sebab-sebabnya, begitu juga dengan perancangan untuk melaksanakan sistem cukai GST, yang begitu terkenal di seluruh dunia! Tidak sebagaimana persepsi yang cuba diberikan oleh pembangkang ini yang memperlihatkan kerajaan pemerintah sebagai zalim!
Walhal seluruh negara dalam Malaysia pasti tidak berpuas hati dengan pelbagai kenaikan harga yang diperkenalkan, namun terdapat saluran yang disediakan kerajaan dalam mempraktikan budaya demokrasi, bukan reformasi jalanraya dan bakar bangunan!
Najib selaku Perdana Menteri telahpun menyediakan pelbagai platform untuk disuarakan rakyat, bukan sahaja di media sosial bahkan menerusi seluruh kementerian yang dibawah naungannya. Bukan sahaja memberi ruang, malah setiap lontaran pandangan itu sememangnya akan di ambil kira oleh pihak pentadbir!
Kesimpulannya, penyokong mahupun pemimpin pembangkang sentiasa berusaha tanpa berputus asa untuk menjatuhkan kerajaan semata mata demi kepentingan politik mereka. Pelbagai persepsi dan fitnah cuba disebarkan, dan sudah pasti rakyat yang tanpa rasional akan terpedaya dengan mudah...
No comments:
Post a Comment