AdSense

Wednesday, November 20, 2013

Mana yang utama, Pengguna Jalan Raya atau Mcd?


Syarikat makanan segera terbesar dunia siapa lagi jika bukan Mcdonalds.
Semua manusia di muka bumi ini menyedari kewujudan Mcd ini yang juga merupakan kesukaan kanak-kanak.

Menu makanan yang ditawarkan sangatlah membuka selera sekalipun ada yang mendakwa ia bukan makanan seimbang.

Penulis tidak mahir dengan hal-hal yang berkaitan dengan penyediaan makanan apatah lagi mahu meneliti kandungan yang terdapat di dalamnya.

Namun penulis mahir dan peka dengan permasalahan berkaitan dengan rakyat.
Mcd adalah syarikat besar di dunia dan penulis menetap di dalam Malaysia, ibunegara.

Mcd sebagai sebuah syarikat besar bukan sahaja perlu menitik beratkan soal pemakanan yang sihat kepada penggunannya, namun dalam masa sama perlu memberi kepuasan yang baik kepada pengguna dalam soal lokasi restoran mereka.

Setakat ini Mcd begitu baik apabila dapat menyediakan ruang makan dan parkir kepada pelanggan mereka,dan  tidak dinafikan apabila kebanyakan fasiliti itu disediakan dengan baik.

Namun, di dalam setandan pisang tidak semuanya elok, ada jua busuknya.
Di sini, di ibukota. perkara utama yang berlegar di kepala masyarakat adalah berkaitan dengan ruang parkir untuk kereta terutamanya dan aliran trafik.

Penulis secara peribadi amat bersetuju dengan kewujudan restoran Mcd di Jalan Pahang, di ibunegara. Walaubagaimanapun sifat positif kepada syarikat makanan segera itu berubah kepada negatif apabila menjelang tengahari dan petang apabila aliran trafik mula sesak dikawasan itu.

Kesesakan ini disifatkan sebagai luar biasa apabila ia melarat ke jalan-jalan sekitar seperti Jalan Tun Razak, Bulatan Pahang dan Jalan TAR.

Mana-mana pembaca yang ingin mendapatkan kepastian, kunjungilah ke kawasan yang disebutkan dan lihat sendiri bagaimana luarbiasanya kesesakan disana.

Penulis berpendapat ia berlaku berikutan perkhidmatan Drive Thru yang mengakibatkan para pelanggan Mcd terpaksa berbaris panjang menunggu giliran.

Ditambah dengan pertambahan kenderaan yang mula membanjiri jalan-jalan utama tatkala waktu puncak.

Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk mengkaji semula kewujudan restoran Mcd di Jalan Pahang ini. Melainkan jika ada unsur yang tidak baik apabila melihat sifat pemilik di restoran terbabit seolah-olah gah dengan pejam mata tidak nampak kesesakan lalulintas di situ.

Walhal bahu-bahu jalan di Jalan Pahang dan Jalan Genting Klang dilihat dalam proses untuk dibesarkan malah proses itu dilihat berkesan dalam menangani aliran trafik.

Oleh yang demikian, pihak Mcd di Jalan Pahang perlu memikirkan langkah-langkah menangani permasalahan melibatkan pengguna jalanraya. Samada memberhentikan perkhidmatan Drive Thru, menyediakan ruang parkir yang luas (mungkin mereka boleh membeli tanah di belakang restoran itu) atau berpindah operasi di lokasi lain.

Sekali lagi penulis ulang,
"Adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk mengkaji semula kewujudan restoran Mcd di Jalan Pahang. Melainkan jika ada unsur yang tidak baik"

Keutamaan berjuta-juta pengguna jalanraya amatlah diperlukan dan bukannya untuk sesetengah pihak sahaja.

No comments:

Post a Comment