AdSense

Wednesday, June 5, 2013

Mana DBKL?

Mana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)?

Tak nampak ke dahan pokok tu jatuh sehingga menghalang parkir? Kata penduduk sekitar Danau Kota, dahan tu patah sejak beberapa hari lepas, hampir seminggu. Tengok sahaja daun-daun yang semakin layu dan kering tu. (Tengok sendiri di hadapan 7Eleven Danau Kota)

Alahai 'orang-orang DBKL', kereta-kereta yang parkir tanpa membayar tiket, kalian berebut rebut nak keluarkan kertas saman. Kenapa tak saman dahan pokok ini??? SAMANLAH!

PERSOALAN UTAMA ialah, ADAKAH DBKL PERLUKAN LAPORAN ORANG RAMAI terlebih dahulu sebelum bertindak menjalankan tugas?

Nak tunggu orang buat sehingga puluhan laporan dan aduan baru nak buat kerja???

*Danau Kota adalah antara kawasan yang kerap kali 'dilawati' DBKL. Saman kereta individu yang tidak membayar tiket parkir,(bukan yang halang lalulintas semata-mata.)

*Jalan Genting Klang sekitar KFC, berlambak kereta yang bukan saja tak bayar tiket tetapi menghalang lalulintas sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas. Mohon perhatian!

SELESAIKAN DAHAN POKOK TU... NAK TUNGGU PULUHAN REPORT ORANG RAMAI DULU KE? APA BUDAK BUDAK DBKL YANG NAIK MOTOR MENYAMAN TU TAK BOLEH BANTU KE SAMPAIKAN ISU ISU YANG BERKAITAN KEPADA PIHAK PENGURUSAN?

Atau pihak penguatkuasaan DBKL tak 'ngam' sama pentadbiran???

JOM ULANG :

NAK TUNGGU PULUHAN REPORT ORANG RAMAI DULU KE?

NAK TUNGGU PULUHAN REPORT ORANG RAMAI DULU KE?

NAK TUNGGU PULUHAN REPORT ORANG RAMAI DULU KE?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

  1. Adat kerja orang makan gaji...
    Tugasnya saman kereta, bukan repot dahan patah.
    Tugasnya baca meter air, bukan repot paip pecah.
    Tugasnya kutip sampah, bukan repot lalang tinggi.

    Tapi ada jugak...
    Gajinya dibayar kerajaan, tapi punya le fitnah kerajaan.
    Gajinya dibayar kerajaan, tapi bocor habis maklumat yang ada.

    ReplyDelete
  2. lagi satu DBKL ni mmg buta kot.. van yang meniaga tepi jln kat depan AVENUE K tu yang terang2 menjual makanan tercemar tidak pernah kena saman. BUTA kan??? org parking kereta dan sgt menyebabkan kesesakan , DBKL buta ni pun x pernah saman, spt depan MCD ampang park. TAPIIII.... DBKL paling suka menyaman kereta BELAKANG AVENUE K yang jelas JALAN MATI !!!!

    ReplyDelete