AdSense

Sunday, June 9, 2013

"BAN LAGU SAYA DI SEMUA STESEN RADIO - AISHAH "?

Suara itu aurat...
Benar, bagi yang benar-benar mendalami ilmu agama.
Tetapi ada yang berpendapat, suara itu aurat dan ada syarat-syarat atau had-had yang membataskannya.
Mungkin para ulama lebih mengetahui perkara ini dan had-had dalam aurat wanita.

Apabila kita menyebut aurat wanita, bukan melitup dari hujung rambut ke hujung kaki semata-mata.
Bukan dengan hanya mendedahkan muka dan tapak tangan semata-mata, malah lebih dari itu dan ini termasuklah dari segi kelakuan dan peradaban.

Politik Malaysia,
Kedengaran suara lantang seperti Aishah dan Abby Abadi yang mula ketara sebelum PRU13, yang kononnya 'insaf'' dan kembali 'ke pangkal jalan'.

Pada permulaanya apabila mengetahui dua wanita ini yang dulunya 'hebat' di pentas hiburan kini lebih hebat di medan politik.

Tepat sekali, sudut luaran mereka begitu indah, syukur Alhamdulillah.
Cuma seperti kata-kata di atas, aurat bukan sekadar cara berpakaian.
Jika mulut terus memaki hamun dan menyebar fitnah, ia lebih teruk daripada wanita yang mendedahkan aurat.

Setidak-tidaknya golongan 'insaf' ini mula sedar yang mana menyebar fitnah dalam pentas ceramah juga salah di sisi agama.

Atau golongan 'insaf' ini hanya berdendam dengan orang dalam politik semata-mata,
marahkan individu semata-mata kerana tidak dapat apa yang diidamkan?
Maka mereka ini memaki hamun melepaskan geram di pentas politik?

Satu lagi perkara yang ingin ditimbulkan dalam artikel ini ialah,
kita masih lagi dengar stesen-stesen radio memutarkan lagu golongan 'insaf' ini di corong-corong radio.

Oleh itu, tidak menjadi kesalahan buat golongan 'insaf' ini supaya meminta seluruh stesen radio dalam dan luar negara agar menghentikan daripada memainkan lagu nyanyian mereka.

Itupun jika golongan 'insaf' ini belum bersedia untuk tidak menerima royalti hasil seni mereka suatu ketika dahulu.

"BAN LAGU SAYA DI SEMUA STESEN RADIO - AISHAH "
Beranikah mengeluarkan kenyataan sebegini?
YES or NO?

3 comments:

  1. Aku rasa tak payah tunggu dia orang minta. Ban jer terus sebagai menghormati keinsafan mereka.

    ReplyDelete
  2. Slm mohon dipautkan Blog Tasek Gelugor Portal... Blog tuan telah pun dipautkan...

    ReplyDelete
  3. sokong Bingai@Bangang. hahaha.

    TGP, blog anda sudah dipaut. adalah lebih mesra pengguna, easy access jika tuan letakkan link untuk di copy seperti ini, http://empiremediatg.blogspot.com/

    ReplyDelete