AdSense

Thursday, May 9, 2013

FITNAH berleluasa, demokrasi diperlekeh

Aku tak pelik kalau Anwar Ibrahim sekarang ni tengah meroyan ajak rakyat keluar ke jalanan.

Sebab semua sudah dapat agak yang Anwar dan pemimpin pakatan yang lain akan menghasut rakyat untuk terus memaki hamun kerajaan.

Soalnya, sistem pilihanraya. Ini sahaja modal pakatan rakyat untuk menyebar fitnah, mereka tanamkan rasa benci terhadap kerajaan.

Suruhanjaya Pilihanraya, pakatan rakyat sebar fitnah mengatakan badan bebas itu tidak telus. Sehingga sanggup nafikan hak rakyat majoriti, untuk melakukan pilihanraya semula.

Negara akan terus dilanda huru hara, kacau bilau selagi si kepalanya yang terikat dengan gagasan Israel dan Yahudi ini berada di Malaysia. Funder yang besar, erti kata lain, wang ringgit tidak menjadi masalah untuk menggerakkan rakyat Malaysia yang mata duitan serta pemalas. Hanya sebar fitnah dan turun ke jalanraya menghasut orang ramai. Kerja mudah malah menjadi kesukaan terutamanya golongan muda.

SPR menjadi sasaran utama Anwar dalam mengejar cita-cita menjadi Perdana Menteri, impiannya yang sejak 90an lagi.

Anwar ibarat syaitan yang angkuh dan tidak boleh menerima kenyataan jika sesuatu perkara itu tidak menepati kehendaknya.

PRU13 baru sahaja selesai. Adat pertandingan, ada menang ada kalah. Sifat ego dan bongkak Anwar tidak boleh dibendung.

Ibarat dalam pertandingan tinju, tiada sorakan peminat untuk Anwar maka pengadilnya dibelasah. Lebih teruk, Anwar menghasut peminatnya untuk turut serta membelasah pengadil serta juri-juri yang lain. Sekali lagi demokrasi dinafikan, hanya kerana nafsu yang tidak dapat dikawal.

Apa majoriti rakyat Malaysia mahu berdiam diri membiarkan kelompok yang tidak bertanggungjawab ini mencemar amalan demokrasi?

Setiap undi yang anda buat pada 5 Mei lepas dikatakan tipu, apa rakyat Malaysia penakut untuk bangkit mempertahankan yang benar?

Adakah apabila negara berjaya dikuasai dengan cara menabur fitnah baru terasa mahu marah?

Bangunlah rakyat majoriti Malaysia, sedang kelompok anutan Yahudi ini seronok sebar fitnah merata-rata, apa kalian mahu lihat dan membiarkan sahaja?

Cukuplah untuk membuat laporan yang bermacam-macam. Bukan masa untuk kita guna cara berlembut, protokol. Ambiga, Tian Chua dan sekutunya yang lain masih bergembira walaupun beribu laporan / aduan dibuat. Jangan kita terlalu percaya kepada sesetengah pihak dan kakitangan yang berada di dalam kerajaan kerana musuh dalam lipatan itu lebih bahaya daripada musuh didepan mata.

Sedangkan Hishammuddin Rais yang secara terang melanggar Akta Hasutan pun hari ini masih bergembira, pihak yang berkenaan mungkin takut untuk mengambil tindakan terhadap segelintir orang biadap ini tetapi aku percaya rakyat majoriti Malaysia tidak gentar.

Jika mereka pemimpin pembangkang sewenang-wenangnya melanggar undang-undang dan tiada tindakan, kenapa pihak yang berkenaan mahu bertindak ke atas kita pula?

Undang-undang tidak mengira siapa.
Jika pembangkang ada pedang, aku percaya majoriti rakyat Malaysia ada parang.

Sudah cukuplah demokrasi diperlekehkan, sudah cukuplah majoriti rakyat Malaysia menikus.

Dan buat pemimpin UMNO, BN, jangan leka sangat dengan dunia politik kalian sehingga terlupa pada tanggungjawab untuk mempertahan kedaulatan negara! Jangan jadi bacul sedang orang lain perlekeh demokrasi negara sendiri!

PERANGI FITNAH, PERTAHAN DEMOKRASI !
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

3 comments:

  1. Apa yang dilakukan oleh DSAI ini lebih kepada provokasi untuk membuat penyokongX BN keluar beramai-ramai. Ini dilakukan agar akan terjadi nya pertembungan antara rakyat yang menyokong kerajaan dan puakX perancang huru hara. Apabila ini berlaku maka negara akan kelihatan kacau bilau dan jika ini berlaku maka KOMPLOTx mereka yang ada diluar sana akan menjalankan tugas dengan mencucuk dan mengadu domba bahawa sistem pilihanraya negara ini tidak telus dan sebagainya. Justeru untuk keselamatan dan keharmonian majoriti rakyat yang menyokong kerajaan hendaklah kita jangan melayan provokasi ini dan biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas mereka. Puakx pembangkang ini ingin melihat pertembungan rakyat menjadi kenyataan sepertimana yang pernah berlaku di Thailand dan Indonesia. Penting untuk kita bersikap defensive dalam menangani puakx yang biadap ini. Kita perlu bijak bagaimana untuk menterbalikan serangan politik dengan menyerang pemegang kuasa ekonomi kerana pemegang kuasa ekonomi ini akan merasa dunia akan kiamat kiranya kedudukan ekonomi mereka tergugat sebab pasti nya mereka akan resah tidak dapat membawa segala kemewahan ke neraka nanti.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Mohd Fiza. Anda menyedarkan penulis supaya tidak bertindak emosi seperti mereka dalam pakatan pembangkang. Setuju dgn komen anda.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Mohd Fiza. Anda menyedarkan penulis supaya tidak bertindak emosi seperti mereka dalam pakatan pembangkang. Setuju dgn komen anda.

    ReplyDelete