AdSense

Thursday, April 18, 2013

Tempoh merajuk 24 jam tamat sebelum bermula



Kita sedar ada yang tersentak,diam terpak!u bila mendengar ataupun membaca nama-nama calon yang disenaraikan untuk menyambung perjuangan UMNO dan Barisan Nasional dalam kegetiran berdepan dengan PRU13 pada 5 Mei nanti namun sesekali kita harus berlapang dada serta berjiwa besar terutama sekali kepada nama-nama yang tidak terpilih untuk menjadi calon,pasti ada sebabnya dan pasti ada hikmahnya bila berlaku sedemikian.


Contohi sikap serta tindakan Dato Mohamad Aziz( bekas MP Sri Gading) dan Dato Safri (bekas ADUN Bukit Ibam) serta beberapa nama lagi yang tidak disenaraikan bilamana mereka begitu berlapang dada serta berjiwa besar memeluk dan mengangkat tangan pengganti mereka dan sekaligus menyatakan sokongan serta menerima keputusan parti yang tidak menyenaraikan mereka walaupun mereka masih mampu menyumbang untuk parti,rakyat dan negara.


Semua orang mungkin terkejut bila nama Mohamad Aziz tidak tercalon kerana beliau adalah antara hulubalang UMNO bukan sahaja di dalam prti tetapi menjadi Laksamana Perang di Parlimen hinnga pembangkang kecut perut bila MP Sri Gading ini bersuara namun sebagai yang menjadikan UMNO itu darah dagingnya,beliau langsung tidak kecewa,merajuk dengan keputusan yang dibuat oleh parti.


Begitu juga dengan Safri,seorang anak muda,exco Kerajaan Negeri Pahang,bila nama beliau tidak tercalon,beliau menerima denga berlapang dada serta menunjukkan jiawa besarnya dengan memeluk Jamaludin Jaris,Ketua Bahagian Rompin.Kita mahu setipa pemimpin yang tidak terpilih ataupun dicalonkan semula memeiliki sifat dan sikpa seperti mereka yang secara terbuka menerima keptusan tersebut dengan tenag dan redha malah terus istiqamah dalam perjuangan masa depan demi memastikan BN menang besar di PRU13 ini.


Mereka ini meletakkan parti lebih penting,perjuangan bangsa serta agama lebih utama dan tidak tersenarai semula bukan menjadi halangan atau beban kepada mereka untuk terus mempertahankan Barisan Nasiona (BN) bagai memenangi PRU13 nanti.Mereka tidak merajuk,putus asa,menangis berguling-guling ataupun mengerahkan penyokong untuk memboikot calon yang telah dipilih oleh parti.

Baca seterusnya

1 comment:

  1. betula dato ajis contoh terbaik pejuang agama bangsa dan negara perjuangannya ikhlas aku doakan semuga dato ajis dan yg lain yg redo tak terpilih semuga diberkati ALLAH

    ReplyDelete