Pertindihan pencalonan wakil Pakatan Pembangkang yang menyaksikan pertembungan kerusi sesama sendiri di dalam satu kawasan merupakan bukti jelas kerakusan parti-parti pembangkang untuk berkuasa di mana secara tidak langsung memperlihatkan kerjasama DAP, Pas dan PKR hanyalah satu sandiwara untuk mengelabui mata rakyat.
Menurut Ketua Penerangan UMNO Selangor, Shukur Idrus, ketidaksefahaman mereka semakin terserlah dan kepincangan rebut kawasan terus meruncing apabila pembahagian kerusi untuk PRU ini dilihat begitu caca marba dan tidak tersusun sama sekali.
“Sebagai contoh di Negeri Sembilan, Pakatan masih tidak dapat mengumumkan calon-calon mereka di negeri itu. Saya yakin ini adalah kerana, wujudnya ketidaksefahaman antara parti-parti sehingga pengumuman calon terpaksa ditangguhkan.
“Begitu juga di Selangor di mana saya mendapat maklumat, parti pembangkang akan meletakkan dua wakil calon dari dua parti yang berbeza untuk bertanding di kawasan Kota Damansara misalnya. Begitu juga Kuang, saya difahamkan terdapat calon bebas serpihan ahli PKR yang akan menentang calon dari PKR sendiri,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini
Justeru itu, beliau mengingatkan rakyat agar lebih berhati-hati dan jangan tertipu dengan lakonan calon-calon wakil dari Pakatan Pembangkang dari parti yang berbeza tetapi tetap bekeras mahu bertanding di kawasan yang sama.
No comments:
Post a Comment