AdSense

Thursday, February 21, 2013

Serangan Halus HALAU orang Melayu di Tanah Melayu



Pembangunan Datum Jelatek di Lembah Keramat memperuntukkan empat blok berketinggian sehingga 39 tingkat menempatkan 674 unit kediaman pelbagai saiz, termasuk empat tingkat podium tapak penjualan, unit pejabat kelas A, dewan, skybar, dan restoran makanan mewah.

Lot-lot parkir diletakkan di tingkat bawah tanah setinggi tiga tingkat. Setiap unit rumah diberikan antara satu hingga empat lot parkir bergantung kepada saiz dan harga sesebuah rumah yang bermula dari RM 699 888 hingga RM 11 593 888.

Sebagai contoh, unit rumah jenis studio berkeluasan 538 kaki persegi dengan harga RM 699 888 diperuntukkan 1 lot parkir begitu juga bagi unit rumah jenis 1 bilik tidur atau 1+bilik belajar berkeluasan 743 hingga 1 168 kaki persegi setiap satu.

Bagi unit rumah dua dan tiga bilik tidur pula akan memperoleh dua atau tiga lot parkir kereta dengan harga rumah bermula dari RM 1 656 888 hinga 4 688 888. SUMBER

No comments:

Post a Comment