AdSense

Wednesday, February 20, 2013

Lagi Pro-Ulama mahu diCANTAS !


Apa yang cuba disampaikan sebenarnya ini?
Adakah gerakan mendesak MB Kedah untuk letak jawatan ini sebahagian daripada agenda DAP yang mahu menghapuskan kuasa politik orang Melayu?
Gerakan DAP yang dibantu oleh PKR ini mungkin dilihat semakin agresif menjelang pilihanraya.

Apabila Haron Din dilihat baru saja bangkit bagi memperjuangkan Islam, satu dasar yang telah disisihkan PAS sejak menyertai PR, gerakan DAP yang dikenali rasis ini diketahui sedang merancang sesuatu yang lebih besar bertujuan politik perkauman dan apa yang paling utama, menolak kepimpinan Melayu, sebagaimana yang berlaku ketika pemilihan parti itu (CEC) lalu.

Rata-rata daripada rakyat tidak seharusnya memeningkan kepala untuk memikirkan soal dalaman parti PAS yang kini sudah menjadi caca marba, huru-hara, sejak menyertai PR yang diketuai DAP, PKR.

Petikan media hari ini :

Sebelas Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu. 

Ketua Unit Peti Undi (UPU) PAS Megat Dewa, Asri Ahmad mendakwa kelemahan kepimpinan Azizan yang gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menyebabkan ramai di kalangan anggota PAS tidak berpuas hati dengannya serta berasa kecewa. 

"Dari segi pentadbiran negeri tak dak masalah, tapi dalam parti beliau sangat lemah dan kami mahu beliau melepaskan takhtanya sebagai Pesuruhjaya PAS,"

Jelas dan nyata kini, PAS sudah mampu untuk bertelagah sesama sendiri, dan gerakan Anwarinas ini sememangnya tidak senang dengan kumpulan pro-ulama dalam PAS !

PROFESIONAL dalam hal melibatkan rakyat.
PROFESIONAL dalam hal melibatkan rakyat.

No comments:

Post a Comment