Saturday, February 16, 2013

ROS cepatlah siasat! Ooo kalau kena pada agensi kerajaan, cepat aja buat kerja?!!!

Pendaftar Pertubuhan (ROS) boleh memulakan siasatan terhadap DAP berikutan parti tersebut gagal mengemukakan laporan ekoran kesilapan dalam pengiraan undi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).
 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tarikh akhir bagi DAP mengemukakan laporan adalah pada Jumaat (semalam).
 
"Saya dimaklumkan ROS sekarang ini sudah boleh membuat siasatan kerana laporan berkaitan DAP ini dibuat semalam.
 
"Cuma saya difahamkan mungkin ada isu lain yang boleh disiasat ROS, kesahihan jawatan-jawatan tertentu dalam DAP, pemilhan didalam proses mereka memilih pemimpin," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Jelajah Anak Malaysia (Semenanjung) di Putrajaya di sini hari ini.
 
Sebelum ini, DAP diberi 60 hari untuk mengemukakan laporan kepada ROS selepas keputusan pemilihan CEC parti itu menimbulkan banyak kontroversi.
 
Berikutan itu, beberapa ahli DAP membuat aduan kepada ROS dengan mendakwa keputusan pilihan raya parti itu telah dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan.

SUMBER : KLPOS
http://klpos.com/politik/42301-ros-boleh-mula-siasat-dap
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment