AdSense

Thursday, February 14, 2013

RACUN Pelajar Universiti : Kerjasama antara Malaysiakini, Harakah dan Sinar Harian.


Pada 19 Julai nanti, dari jam 8:30 pagi sehingga 5:30 petang, Redzuan Othman telah menggerakkan promosi besar-besaran untuk Pakatan Rakyat dengan menggunakan UMCEDEL dengan membuat pembentangan ‘SEMINAR POLITIK DAN PILIHANRAYA MENJELANG PILIHANRAYA UMUM KE-13′ yang diadakan di Dewan Kuliah B, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

SIAPA Redzuan Othman?

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman
Seorang ahli akademik dari UMCEDEL (Pusat Pilihanraya dan Demokrasi Universiti Malaya). Dia juga merupakan bekas Setiausaha Agung PMIUM dan orang tengah yang membawa Nurul Izzah dan ramai pemimpin PKR ke dalam aktiviti Universiti Malaya. Malah dia juga merupakan orang perantaraan antara Naib Canselor UM dengan Anwar Ibrahim.

Dia sendiri akan membuat pembentangan yang bertajuk, ‘SOSIO-POLITIK PRA PRU’ dari jam 9:00 pagi sehingga 10:00 pagi. Pembentangan kedua akan dilakukan oleh STEVEN GAN dari Malaysiakini, ZULKIFLI SULONG dari Harakah Daily dan JALIL ALI dari Sinar Harian. Tajuk pembentangan adalah ‘HARAPAN BN DAN PR DALAM PRU KE-13′ dan pembentangan akan dilakukan dari jam 10:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari.

Selepas dua pembentangan yang sah-sah sangat berpihak kepada Pakatan Rakyat itu, sebuah forum pula akan diadakan. Tajuk forum adalah KECEMERLANGAN BN ATAU PR? dari jam 2:30 petang sehingga 5:00 petang. Ahli panel forum adalah YB Kamalanathan dari MIC, YB Nurul Izzah dari PKR dan Husam Musa dari PAS. Ahli panel keempat sepatutnya dari Barisan Nasional tetapi belum lagi dinamakan calonnya.

Barangkali elok juga kalau dipanggil Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi atau lebih dikenali dengan frasa POLITIK BARU, merangkap Ahli Parlimen Temerloh yang sangat tidak peduli dengan kebajikan rakyat yang diwakilinya dalam kawasan Parlimen sendiri, sebagai calon keempat.

Apatah lagi Saifuddin Abdullah juga merupakan salah seorang penyokong Anwar Ibrahim yang sangat tegar tetapi masih enggan melepaskan semua jawatannya dalam UMNO dan Barisan Nasional tetapi tidak pernah menyorokkan sokongannya kepada Anwar Ibrahim dan PKR.. Baca seterusnya disini

No comments:

Post a Comment