AdSense

Sunday, February 24, 2013

PRU13 - Peluang cerah buat BN Selangor


Semua kepimpinan Barisan Nasional (BN) Selangor menyambut baik keputusan melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengarah Pilihan Raya negeri manakala Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed sebagai timbalan pengarah.

Setiausaha BN Selangor, Datuk Mohammed Idris Abu Bakar berkata, keputusan sebulat suara oleh jawatankuasa tertinggi BN negeri dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur malam tadi menjadi pengorak langkah kepada usaha BN menawan kembali Selangor daripada tangan parti pembangkang.
Beliau berkata, mesyuarat tersebut dihadiri oleh semua Pengerusi BN Bahagian di negeri ini.

"BN Selangor optimis bahawa peluang amat cerah untuk kembali memerintah Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

"Kesiapsiagaan parti juga berada dalam keadaan optimum dan bersedia untuk digerakkan semasa tempoh kempen. Malah, gerak kerja sudah pun dimulakan sehingga di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM),"
Selanjutnya

No comments:

Post a Comment