Apa pasal penduduk nak ajak Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dan Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali untuk bertumbuk pulak???
Budaya keganasan mana yang ditiru mereka ini???
Apakah 'menyerahkan' tanah warisan Bumiputra kepada bukan Bumiputra atau warga Singapura mahupun warga asing menjadi satu kesalahan besar?
Tak salah bukan jika seorang Menteri Besar menggadai tanah warisan demi poket diri sendiri dan kroni?
Tak salah bukan jika seorang Menteri Besar menggunakan kuasa yang ada untuk menindas rakyat?
Jika sebelum ini pengikut PR melaungkan perkataan 'ZALIM', senario yang berlaku di Keramat berkenaan isu projek super mewah Datum Jelatek lah yang sebenarnya dikatakan ZALIM!
Kerajaan negeri dengan nyata bertindak ZALIM kepada penduduk di Keramat!
Jika sebelum ini pengikut taksub PR melaungkan 'KEBANGKITAN',
Himpunan Bantah Datum Jelatek 1.0 lah yang sebenarnya dikatakan KEBANGKITAN RAKYAT!
Rakyat Selangor kini BANGKIT menentang KEZALIMAN kerajaan Pakatan Rakyat!!!
Berbalik kepada tajuk diatas, penduduk ajak MB Selangor, Ahli Parlimen bertumbuk?
Tidak.
Penduduk di Keramat masih berfikiran waras.
Mereka cuma mahu MB Selangor dan Azmin untuk turun ke padang bersemuka dengan mereka.
Bukan hanya pada ketika berkempen pilihanraya saja hendak turun ke padang.
Petikan media :
"Kami cabar mereka (Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, Othman) datang ke kawasan ini.
"Jika dia tidak datang maknanya dia tidak berani. Datang untuk bersemuka dengan kita, jangan jadi seperti kebudak-budakkan,"
Baca selanjutnya
No comments:
Post a Comment