Sunday, February 10, 2013

Kenapa perlu undi BN?

Rakyat harus memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk kekal sebagai pemerintah negara agar KESEJAHTERAAN yang dikecapi negara selama ini akan BERTERUSAN.

Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir berkata, BN perlu kekal sebagai pemerintah supaya individu yang cuba memecah-belahkan keharmonian negara boleh diambil tindakan seperti dilucutkan kewarganegaraan melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan.

"Kita pinda Perlembagaan..untuk pinda Perlembagaan kita kena dapat dua pertiga undi di Parlimen. Kalau kita tak dapat, kita tak boleh pinda.

"Sebab itulah PRU13 ini, TOLONG BERI KEMENANGAN kepada BN,"

Pada majlis yang sama beliau turut menyeru agar orang Melayu MEMPERKASAKAN TARAF EKONOMI dengan MEMANFAATKAN segala KEMUDAHAN yang DIBERI KERAJAAN.

Menurutnya lagi, orang Melayu perlu lebih berdikari untuk MEMAJUKAN DIRI dan tidak TERLALU bergantung dengan kerajaan.

"Menyedari hakikat itulah, kerajaan sentiasa berusaha mencari jalan MEMBERIKAN kemudahan pendidikan yang terbaik kepada rakyat di negara ini seperti MENYEDIAKAN INFRASTRUKTUR yang baik serta BANTUAN BIASISWA. kepada yang layak,"

Sumber : KLPOS
http://klpos.com/politik/41111-dr-mahathir--bn-beri-kesejahteraan-negara
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment