AdSense

Thursday, January 10, 2013

Orang Islam di Kelantan MALU dengan PAS ?!!



Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad (gambar) mengingatkan semua pihak di negeri ini tentang kalimah Allah yang eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain. 

Menurutnya, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 1 Disember 1981 telah meluluskan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1981 iaitu satu enakmen untuk menjaga kesucian kalimah itu. Katanya, enakmen itu yang diwujudkan bagi mengawal dan menyekat penyebaran iktikad dan kepercayaan agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam, secara jelas telah menyenaraikan 24 perkataan termasuk kalimah Allah di bawah Jadual (Seksyen 9) Bahagian 1 enakmen sebagai hak eksklusif agama Islam.

 Sehubungan itu, beliau secara sinis 'meminta' enakmen tersebut dipinda atau dimansuhkan sekiranya sudah lapuk dan tidak relevan lagi. "Perkataan-perkataan itu ialah Allah, firman Allah, ulama, hadis, ibadah, Kaabah, kadi, Ilahi, wahyu, mubaligh, syariat, kiblat, haji, mufti, rasul, imam, dakwah, solat, khalifah, wali, fatwa, iman, nabi dan sheikh.

 "Undang-undang Islam negeri ini sudah lama memperuntukkan bahawa kesemua perkataan itu tidak boleh dikaitkan dengan agama lain.

Baca Di Sini

MINTA SEMUA ORANG ISLAM DI MALAYSIA INI SENTIASA MENGINGATI PERISTIWA HADI AWANG SELAKU PRESIDEN PARTI PAS YANG SANGGUP MENGGADAI AGAMA ISLAM DEMI KUASA POLITIK PERIBADI !!!

Kenyatan Presiden PAS benarkan kalimah Allah untuk bukan Islam


1 comment:

  1. TIDAK UTK PAS bersama DAP, TIDAK UNTUK PAS YANG MULA MELENCONG DARI PERJUANGAN ASAL yg ku sokong lama dulu.

    bila yakin pada Allah mulai kurang, yakin pada pakatan makin meninggi, sedangkan menang dan kalah yang abadi daripada Allah, tapi sbb dah berpolitik ... nak menang hati non - muslim, rela ckp berpusing nak bagi nampak x pe non - muslim pun x pa nak guna .. amende lah nak jadi dengan pemimpin PAS skang ... x sama dengan zaman Arwah Ustaz Fadhil Nor dulu ... negara Islam pun dah jadik negara kebajikan ... nampak tak lemah nya PAS dlm pakatan .. di telan oleh agenda Anwar dan DAP ... lemahnya jawapan TG Hadi bila Muktamar PAS mahukan belau jadi PM ... "amanah berat" ... seolah - olah tidak bersedia walhal Anwar sudah lama mengidam 'title' ini dan DAP sedang mengatur strategi untuk membonekakan Anwar dengan segala rahsia yang dipegang oleh Karpal SIngh.

    Hadi patutnya tahu betapa mestinya Pemimpin daripada PAS yng lebih bagus dan konsisten dari segi akhlak berbanding pemimpin keadilian dan DAP yang zimmi. Jawapan sepatutnya 'IYA saya akan terajui negara ini sebagai sebuah negara yang diredhai Allah' - bukan dibwah orang yang berfahaman Islam liberal.

    gula - gula dari kerajaan x dapat mengugat pendirian aku, tp perjuangan yang melencong buatkan aku semakin jelik dengan PAS

    Keadlilan adalah Offshot daripada UMNO, Keadilan utk siapa sebenarnya .. KEADILAN UNTUK ANWAR sebenarnya bagi aku. Mereka ini swing persons yg akan swing jika ada peluang 'Duniawi'

    Gabungan PAS dan UMNO adalah terbaik bagi aku, carilah persamaan jgn dibesar - besarkan perbezaan yang ada.

    Kerajaan sekarang ada kelemahan - ya byk maksiat yg berlaku, tapi masih adan pencegahan dilaksanakan dan tiada sekatan pada Agama Islam ku anuti utk disyiarkan, masih boleh berdakwah, ke masjid, ke pondok, ke madrasah - tarbiyahkan dulu keluarga kita, kampung kita, masyarakat kita ke arah cara hidup islam - I'allah jalan ke Negara Islam akan mudah dengan Izin Allah.

    Tapi gabungan pakatan adalah sesuatu yang buruk kerana PAS yang majoriti besar dalam pakatan lemah dalam mencorak perjuangan. Aku x nak Azan yg ku dgr tiap hari jadi seperti di Singapura.

    Pikirlah - pikirkanlah kwn pilihan kamu demi anak - anak kita nanti. Melayu singapura dah hilang, melayu P Pinang pun x kan lama ... jgn anak - anak kita merempat di negara asal kita di kemudian hari.

    ReplyDelete