AdSense

Sunday, January 27, 2013

Doa Rakyat Malaysia iringi Perdana Menteri

Syukur Alhamdulillah, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak hari ini selamat pulang ke Malaysia.
Berkat doa rakyat Malaysia yang tak putus-putus mengiringi Najib, Isteri DS Rosmah Mansor dan rombongan yang mengadakan lawatan kemanusiaan di Gaza.

Keberanian Najib dan Isteri menjejakkan kaki ke bumi dilanda perang ini disanjung tinggi rakyat Malaysia malah tidak terkecuali pemimpin dunia yang lain.



Kelantangan Najib yang mengecam tindakan Israel ke atas penduduk Gaza, Palestin, satu kenyataan yang dibuat beliau di bumi Palestin, menggoyahkan sesetangah pihak yang terkedu dengan keberanian Perdana Menteri kita ini.

Syukur sekali lagi dengan kepulangan Najib dan isteri serta rombongan.
Sesungguhnya perjuangan Perdana Menteri kita ini tidak mengenal sempadan benua.

Petikan media :

"Setiap ucapan saya (di sana), saya mesti sebut sebagai lawatan kemanusiaan. Bukan saya nak campur tangan, bukan untuk menyebelahi pihak tertentu.Kalau mereka tidak menubuhkan kerajaan perpaduan antara Fatah dan Hamas, saya beritahu mereka ini mesti dilakukan (perpaduan). Saya berjumpa Presiden Mesir, saya suruh bantu Palestin. 

"Jika mereka (Palestin) tidak bersatu, segala-galanya akan berakhir dengan kehampaan. Ingatlah bahawa tunjang segala-galanya adalah perpaduan. Perpaduan adalah tonggak kepada segala-galanya" kata Najib dihadapan kira-kira lebih 7 ribu hadirin yang menyambut kepulangan beliau dan isteri serta rombongan Malaysia ke Gaza di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. SELANJUTNYA

1 comment: