Sunday, December 9, 2012

Tu dia... DAP tibai PAS Kelantan!!!


Jika DAP cakap dia orang parti rakyat Malaysia keseluruhannya, ia tipu semata-mata.
Jika DAP cakap dia orang tidak rasis, sekali lagi ia adalah kenyataan tipu semata-mata.

Sudah terang lagi bersuluh, DAP adalah sebuah parti yang mementingkan kaum dan agama tertentu.
Jika tidak, masakan DAP banyak persoalkan perkara-perkara yang melibatkan agama Islam?
Kenapa DAP suka masuk campur dalam agama Islam?

Apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat yang kita sedia maklum ketiga-tiga parti mempunyai muslihat masing-masing.

Petikan media :

DAP khuatir tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB- BRI) mengeluarkan saman berhubung kesalahan 'khalwat' ke atas dua pasangan, masing-masing di lokasi awam berhampiran lapangan terbang dan taman baru-baru ini, boleh menjejaskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, meskipun notis saman yang dikeluarkan berkaitan dengan kelakuan 'tidak senonoh', parti-parti musuh PR dan media mereka sudah mula memutarbelitkan tindakan majlis itu sebagai kes khalwat dan kononnya cuba mengenakan undang-undang Islam ke atas bukan Muslim. 

Ia kontroversi kedua dalam tempoh kurang sebulan ini membabitkan bukan Islam dan majlis itu. "Jika Kerajaan Pas Kelantan gagal bertindak ke atas pihak-pihak mensabotaj dalam MPKB-BRI, yang mengeluarkan saman ke atas pasangan bukan Islam berhubung kelakuan tidak senonoh, ini secara tidak langsung akan memperlekehkan mesej PR yang menghormati kebebasan beragama dan akan menjejaskan kerjasama yang sedia wujud dalam PR," kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

No comments:

Post a Comment