KUALA LUMPUR 24 Dis. - DAP menyatakan pendirian bahawa Penganut Agama Kristian di Negara ini tidak sewajarnya disekat dari menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan kitab Bible edisi Bahasa Melayu.
Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) disaran mengkaji semula isu tersebut seterusnya membenarkan kalimah Allah dijadikan panduan kitab suci Agama Kristian tersebut.
“Selain membenarkan perkataan Allah seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus menghentikan taktik menakutkan pengundi Melayu dengan mendakwa negara Kristian akan tertubuh di negara ini.
Sekutu Rapat, TIDUR... |
“Penganut Kristian tidak pernah mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di negara ini, malah penganut ini taat kepada Perlembagaan Negara dengan mengiktiraf Islam sebagai agama Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersempena Sambutan Hari Natal pada 25 Disember ini.
PLURALISME |
Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu merujuk kepada keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan melarang kalimah Allah digunakan penganut Agama Kristian di Negara ini susulan ketidakpuasan hati masyarakat Islam di Negara ini.
Ianya dikuatkuasa KDN susulan kes melibatkan satu laporan yang dikeluarkan Akhbar The Herald sekitar tahun 2009 yang telah membangkitkan isu tersebut. SUMBER
No comments:
Post a Comment