AdSense

Tuesday, December 25, 2012

"Kami cuma mahu UMNO dan BN kekal memerintah serta menang besar nanti"

UMNO, parti keramat orang Melayu kini mungkin dikatakan sebagai parti tua.
Benar, tua dan penuh dengan pengalaman.
UMNO sebuah parti yang terus memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair.

Biarpun dikatakan tua, setidak-tidaknya UMNO lah satu-satunya parti yang berpengalaman dan berilmu serta kuat perjuangkan hak rakyat terutamanya orang Melayu.

Setiausaha Kelab Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub, berkata pengalaman dan pengaruh luas anggotanya mampu memberikan 'peluru' yang diperlukan BN bagi menidakkan impian pembangkang menakluk Putrajaya.

"Apa yang kami mahu ialah untuk membantu menguatkan parti sesuai dengan moto kami 'veteran pemangkin kepimpinan UMNO'. "Kami tidak mempunyai cita-cita untuk kembali aktif di mana-mana peringkat atau bertanding memegang sebarang jawatan.

Kami cuma mahu UMNO dan BN kekal memerintah serta menang besar nanti," katanya. Beliau berkata, menerusi slogan 'Keluargaku Pengundi BN', kelab itu akan memastikan setiap undi keluarga veteran UMNO tidak akan tercicir dan pasti keluar untuk mengundi memilih BN.

2 comments:

  1. Salam boss... Hebat blog boss... Mohon dapat dipautkan blog teman http://kamuntingcentral.blogspot.com ke blog boss... Terima Kasehhh Boss...

    ReplyDelete
  2. http://kamuntingcentral.blogspot.com/ telah dipautkan di Suara Lensa... Terima kasih dan salam perjuangan...

    ReplyDelete