AdSense

Thursday, December 27, 2012

Karpal Singh anti-raja-raja Melayu! SEBARKAN.....!!!


Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin hari ini mendesak agar Pengerusi DAP, Karpal Singh memohon maaf berhubung tindakannya yang melarang mana-mana ADUN atau Ahli Parlimen daripada parti itu menerima sebarang darjah kebesaran yang membawa gelaran daripada raja-raja Melayu.

 Menurut Hamidzun, tindakan Karpal Singh itu boleh disifatkan sebagai anti dan menghina raja-raja Melayu. 

"Karpal Singh tidak layak bercakap soal prinsip sebab beliau seorang ahli politik yang tiada prinsip.
Karpal melaungkan demokrasi tetapi jawatan beliau dalam parti dilantik oleh Lim Guan Eng dan bukan dipilih oleh ahli-ahli parti," katanya dalam satu kenyataan kepada KLPos di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Karpal Singh yang menempelak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim dari Selangor dan ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham dari Perak kerana menerima darjah kebesaran yang dikurniakan raja-raja Melayu yang membawa gelaran Datuk. Baca Selanjutnya di sini

No comments:

Post a Comment