Sapa suruh hasut orang Islam kepada perpecahan?
Sapa guna agama sebagai umpan politik?
Sapa suruh menggadai harga sebuah perpaduan?
NIK AZIZ dan PAS perlu bertanggungjawab dengan kesemua akibat di atas !
Nik Aziz perlu menyesal dengan tindakan politikus beliau yang sanggup melakukan apa saja demi kuasa politik peribadi !
Anggota Pas yang bermaruah dan mempunyai prinsip diri disaran untuk meninggalkan parti itu kerana dilihat sudah tidak relevan sebagai parti yang ingin memperjuangkan Islam.
Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh memberi saranan tersebut setelah dilihat parti tersebut terlalu banyak tersasar dariada prinsip asal parti yang ingin memperjuangkan Islam terutama sejak bersama pakatan pembangkang termasuk DAP dan PKR.
"Bukan sahaja telah melakukan banyak "kerosakan" kepada agama sejak dahulu tetapi kini "penyakit" yang dialami oleh PAS semakin parah hingga sanggup mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan agama semata-mata untuk menjaga kepentingan politik," katanya yang juga merupakan Anggota Majlis Tertinggi Umno di Besut hari ini. Selanjutnya Klik Disini
No comments:
Post a Comment