AdSense

Wednesday, December 12, 2012

'I am Hitler' - Lim Kit Siang


Kongres DAP kali ini akan di hadiri oleh sejumlah besar mereka yang belum pernah menghadiri himpunan seperti ini atau pun “first-timer”.

Maka dengan kehadiran mereka yang membuat “debut” sebagai ahli DAP ini pastinya keadaan cara “tradisi” yang wujud di setiap kongres akan berpecah. Boleh dikatakan kebanyakan wakil baru ini menjadi perwakilan kerana kempen agresif DAP mahu mewujudkan cawangan baru dan keahlian baru.

Maka sudah tentu banyak sekali pandangan baru dan ketidakpastian pendirian yang bakal dihadapi DAP dari muka-muka baru ini. Kongres kali ini pasti akan membuatkan DAP tertekan memandangkan perbuatan dan angkara rakan parti dari PAS di Kelantan tetap mahu melaksanakan apa yang dikatakan sebagai implementasi pentadbiran Islam, pasti membuatkan DAP di dalam keadaan terhimpit ke dinding untuk menjawab segala pertanyaan dan kemusykilan ahli termasuk perwakilan dari kalangan generasi baru.
SUMBER

No comments:

Post a Comment